Panduan Simpan Bahan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Simpanan Makanan

Cara tepat menyimpan makanan di dalam peti sejuk

  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah. Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi.
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk. Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk. Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melambatkan pembiakan bakteria.
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang. Ini akan mengurangkan kehilangan air dan menjaga peredaran udara dalam makanan.
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk bagi mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan.

Perkara yang perlu dielakkan semasa menyimpan makanan di dalam peti sejuk

  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Ini kerana, jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara.
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk. Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk.
  • Menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk. Bahan mentah ini perlu disimpan ke dalam bahagian sejuk beku.
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari.

 

Cara-penyimpanan-makanan-selamat-di-dalam-peti-sejuk. Panduan Simpan Bahan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Cara penyimpanan makanan selamat di dalam peti sejuk.

 

Peti-sejuk-dan-ruang-penyejukan-berasingan.-e1472576843692 Panduan Simpan Bahan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Peti sejuk dan ruang penyejukan berbeza.

logo-150x150 Panduan Simpan Bahan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Panduan Simpan Bahan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Loading...

Tags: #cara simpan makanan #cara simpan makanan dalam peti sejuk #makanan sejuk #simpan makanan dalam peti ais #simpan makanan mentah

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Panduan Simpan Bahan Makanan Di Dalam Peti Sejuk"