Panduan Membuat Baja Kompos Untuk Tanaman

Panduan Membuat Baja Kompos Untuk Tanaman

Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun. Baja kompos mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.

Pengomposan adalah proses penguraian (pengoksidaan) sisa buangan organik kepada bahan akhir yang stabil yang boleh digunakan semula untuk tanaman.

Aktiviti penguraian atau pengoksidaan bahan ini dipengaruhi unsur mikroorganisma pengudaraan, kelembapan dan nutrien substrat atau bahan dikompos yang bersesuaian.

Beberapa faktor berkaitan memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengomposan berlaku dengan sempurna. Ini termasuklah:

  • Mikroorganisma : Mikroogranisma merupakan elemen utama dalam proses pengomposan. Penguraian bahan organik berlaku atas tindak balas mikroorganisma.
  • Kelembapan : Kelembapan ditambah menggunakan sumber air yang ditambah ke dalam timbunan kompos. Kelembapan (air) yang optimum adalah pada kadar 60 peratus. Sekiranya kurang daripada 40 peratus akan menghalang aktiviti mikroorganisma, Jika melebihi 65 peratus akan menyekat pergerakan udara di dalam timbunan.
  • Suhu : Pada tempoh awal pengomposan, suhu timbunan akan meningkat secara mendadak antara 30 hingga 60°C. Proses pengomposan yang baik dapat dilihat apabila suhu melebihi 60°C selama dua minggu atau lebih bergantung pada saiz kompos.
  • Pengudaraan : Tujuan pengudaraan adalah untuk membekalkan mikroorganisma dengan oksigen mencukupi untuk melaksanakan proses penguraian.
  • Nisbah karbon : nitrogen (CN) : CN bermaksud nisbah komposisi karbon kepada nitrogen pada keseluruhan awal timbunan kompos. Nilai nisbah CN yang optimum dalam lingkungan 20 hingga 30:1 dan sekiranya lebih dari 30:1 akan melambatkan aktiviti mikroorganisma kerana kandungan nitrogen yang tidak mencukupi. CN yang terlalu rendah (< 18:1) boleh menyebabkan timbunan kompos berbau kerana kehilangan N ke persekitaran.
  • Saiz timbunan kompos : Saiz timbunan yang minimum diperlukan supaya kompos dapat mengekalkan haba dan suhu panas seterusnya mikroorganisma dapat bertindak balas dengan sempurna.

Cara Membuat Baja Kompos Yang Mudah

Bahan-bahan :

  • Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.
  • Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.
  • Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
  • Air untuk menyiram.
  • Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air).

Cara membuatnya :

  1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.
  2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.
  3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap tiga hari sekali.
  4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.
  5. Namun begitu, ada cara yang membolehkan kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan.

Penilaian Awal Kualiti Timbunan Kompos

Selepas kompos dicampurkan, hasil paling cepat boleh dilihat dalam satu atau dua hari iaitu timbunan kompos akan mula memanas dan mengeluarkan wap air di samping suhu timbunan meningkat sehingga 60 darjah Celsius.

Proses pembalikan kompos biasanya dilakukan setiap tiga hari. Walau bagaimanapun, pembalikan seminggu sekali juga biasa dilakukan.

Di samping itu, air atau kelembapan ditambah secara berkala ke atas timbunan kompos mengikut keperluan.

Pengurusan Kompos Setelah Siap

Ciri-ciri kompos yang telah siap akan mengalami penyusutan berat dan isi padu antara 50 hingga 60 peratus , berwarna coklat kehitaman dan berbau seperti humus.

Pada kebiasaannya, suhu kompos akan menjadi sekata pada suhu bilik apabila ia menjadi matang. Selepas proses pengeringan, kompos boleh dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (shredder).

Tujuan proses ini adalah untuk memastikan saiz kompos yang lebih sekata. Baja kompos kebiasaannya dibungkus di dalam guni terpakai untuk digunakan semula.

Sekiranya untuk tujuan komersial, bahan pembungkus yang baru akan digunakan. Kompos kebiasaannya disimpan pada suhu persekitaran seperti di kawasan bangsal.

Loading...

Tags: #bahan bahan kompos #baja kompos #bajan-bahan kompos #buat pupuk organik #cara membuat baja kompos mudah dan cepat #cara pembuatan pupuk kompos sederhana #faktor pengomposan #jenis jenis kompos #kompos #manfaat kompos #panduan baja #panduan lengkap membuat kompos #panduan membuat baja kompos #Panduan Membuat Baja Kompos Untuk Tanaman #panduan menyediakan kompos #panduan pertanian #pengertian kompos #pengertian kompos anaerob #pengomposan #pertanian #pupuk kompos #pupuk kompos berasal dari #pupuk organik #pupuk semulajadi #tanaman

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.