Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!

Panduan Lengkap Menanam Dan Merawat Pokok Pisang

Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman pisang ini dapat dimanfaatkan sama ada buah, batang serta daunnya. Jadi jika anda berniat menanam pisang, namun belum faham cara penanaman pisang dengan betul, berikut ialah panduan menanam pisang yang boleh anda pelajari.

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang

Faktor Penanaman Pisang

Faktor pendorong tumbuh tanaman pisang adalah seperti berikut:

  • Iklim

Lokasi yang beriklim tropika, basah, lembab dan kering adalah pilihan yang paling tempat sehingga tanaman pisang dapat tumbuh serta berbuah secara baik. Namun pisang juga boleh tumbuh di tempat yang beriklim subtropika tetapi proses berbuahnya akan kurang baik. Selanjutnya curahan hujan mencapai 1500 – 3800 mm/tahun, 2 bulan mengalami musim kering selama satu tahun.

  • Tanah atau media tanam

Tanaman pisang dapat tumbuh dengan subur pada tanah yang kaya humus serta berkapur. Kecukupan air harus diperhatikan kerana tanaman pisang sangat memerlukan air yang banyak.

  • Ketinggian tempat

Tanaman pisang dapat tumbuh di dataran rendah mahupun daerah pergunungan dengan ketinggian mencapai 2000 kaki dari paras laut.

Pemilihan benih pisang

Tahap pertama dalam cara menanam pisang adalah pemilih benih atau bibit. Jika pemilihan benih pisang dilakukan dengan betul, maka hasil yang diperoleh akan sesuai dengan harapan anda.

Ciri-ciri benih pisang yang baik:

  • Benih atau tunas pisang yang baik memiliki ketinggian mencapai 100-150 cm
  • Diameter batang pisang mencapai 15-20 cm
  • Daun pada tunas pisang yang baik berhelai sempit
  • Kondisi fizik tunas pisang bersih dari kotoran dan bersih dari penyakit atau hama

Cara mencegah penyebaran hama dan penyakit:

  • Setelah tunas pisang dipotong, bersihkan akar daripada kotoran dengan menggunakan air.
  • Lalu potong akar dengan hati-hati bertujuan untuk menghentikan penyebaran penyakit melalui akar yang cacat dan merangsang pertumbuhan akar baru.
  • Selanjutnya buang daun-daun tunas pisang yang terlalu lebar.
  • Langkah berikutnya adalah simpan tunas di tempat yang kering selama 1-2 hari agar tunas sembuh dari luka.

Penyediaan Tanah Untuk Tanaman Pisang

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah meyediakan beberapa alat bertani seperti cangkul dan parang. Bersihkan tanah daripada bendasing, ranting-ranting, daun yang akan mengganggu sistem pengakaran pisang dan dapat menjadi sumber penularan hama. Kemudian gemburlah tanah menggunakan cangkul dengan kedalaman 40 cm. Selama proses penggemburan, letakkan baja kandang kering dan biarkan selama 1 minggu. Kemudian, gali lubang untuk menanam benih atau tunas pisang yang sudah disiapkan sebelumnya.

Lubang digali dengan saiz panjang 50 cm, lebar 50 cm dan kedalaman 50 cm. Saiz tersebut sesuai untuk mendukung pertumbuhan akar. Langkah terakhir, buat parit di sekitar area penanaman agar ketika terjadi hujan, air dapat mengalir keluar dari kebun dan tidak banjir.

Proses Penanaman Pisang

Tahap selanjutnya adalah cara menanam pisang. Pada tahap ini, anda akan menanan tunas pisang ke dalam lubang yang sudah disiapkan sebelumnya.

Sebelum itu, pastikan pemilihan waktu penanaman pisang adalah tepat.  Waktu yang baik untuk menanam pisang adalah pada awal musim hujan iaitu bulan September hingga Oktober.

Masukkan tunas pisang ke dalam lubang. Tutup lubang menggunakan tanah yang sudah dicampur dengan baja dengan nisbah 3:1.

Proses Perawatan Pisang

  • Merumput dan memotong

Proses ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekeliling tanaman pisang daripada rumput, lalang atau hama. Daun pisang yang sudah kering dibuang dengan menggunakan parang atau sabit.

  • Pembajaan susulan

Pembajaan dilakukan sebulan selepas penaman dengan baja organik serta baja kimia urea (50 gram setiap pohon) dan SP-36 (30 gram setiap pohon). Pembajaan untuk kali kedua dan ketiga dilakukan dua dan tiga kemudiannya. Pembajaan dilakukan dengan jarak 50 cm dari pohon.

Penjarangan anak pisang

Proses ini adalah untuk mengatur jumlah pohon/anak pisang dalam satu rumpun agar tanaman induk dapat tumbuh dan berkembang selanjutnya membuahkan hasil dengan baik.

Kriteria pemilihan anak pisang antaranya ialah :

  1. Umur 4-6 bulan (setelah anak pisang tumbuh)
  2. Tinggi antara 20-40cm
  3. Pertumbuhan pucuk daun yang baik

Penjarangan dilakukan setelah pohon induk berumur 30 minggu. Dalam satu rumpun, biarkan sebanyak 2-3 anak pisang yang baik. Cara membuang anak pisang yang tidak dikehendaki adalah dengan memotong batangnya 20cm dari tanah. Belah bahagian tengah batang lalu tuangkan 2-3 ml minyak tanah.

Pemotongan Jantung Pisang

Pemotongan jantung pisang bertujuan untuk produksi buah yang baik dan mencegah penyakit layu darah. Apabila sudah berbuah melebihi beberapa sikat dan bahagian bawahnya tidak lagi mengeluarkan buah, potong jantung pisang.

Kegiatan menyangga pohon pisang pula dilakukan bertujuan agar pohon pisang tidak tumbang kerana beratnya buah dan gangguan fizikal lain. Namun hal ini bergantung pada besarnya tandan dan kestabilan pohon.

Pengaturan Jumlah Daun Pisang

Memeotong daun untuk menjaga ukuran buah serta menghasilkan buah dengan saiz normal dan menghindari buah pecah. Sebelum memotong, tinggalkan 6 hingga 8 daun dan untuk daun yang telah tua dan menguning, potong daun dengan membentuk sudut 45°. Potong bahagian batang yang berjuntai sehingga batang nampak bersih. setelah itu, kumpul daun yang dipotong lalu dibakar agar terhindar dari penyakit.

Proses Menuai Hasil Tanaman Pisang

Sebelum menuai atau memngambil buah dari pohon, pastikan buah pisang sudah berwarna hijau tua atau kekuning-kuningan. Lebih tepat lagi apabila bahagian hujung buah (biasanya berwarna hitam apabila kering) sudah hampir tercabut. Apabila bahagian ini sudah gugur dari buah, itu bermakna buah sudah boleh diambil.

Lakukanlah proses pemotongan tandan pisang menggunakan pisau ataupun parang yang tajam. Kemudian letakkan pisang dalam posisi terbalik agar getahnya keluar dengan lancar.

Nah diatas itu adalah artikel dari kami mengenai cara menanam pisang, sebelumnya kami ingin memberikan saran bagi anda yang ingin melakukan budidaya pisang untuk memenuhi syarat-syarat tumbuh tanaman pisang diatas agar hasil susuai dengan yang diharapkan. Sekian dari kami semoga bisa membatu anda semua dalam memulai bisnis ataupun hanya mencoba-coba menjadi petani pisang.

Penyakit Pokok Pisang

Daun pisang berkarat kekuningan atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir menunjukkan serangan kulat. Untuk mengatasinya semburkan dengan bancuhan kapur ke seluruh pokok sehingga pokok menjadi putih.

Tips-tips Penanaman Pokok Pisang Yang Lain

  • Pastikan setiap pokok pisang yang ditanam mengandungi 8 pelepah daun sahaja.
  • Kekalkan bilangan pelepah daun pisang kepada 6 pelepah apabila jantung pisang telah keluar.
  • Untuk pisang berangan hanya 10 hingga 12 sikat buah sahaja dikekalkan. Selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dengan berat yang maksimum.
  • Setelah jantung pisang dibuang, bilangan daun pelepah pisang yang dikekalkan hanyalah 4 pelepah. Pada waktu ini pembajaan pokok hendaklah dihentikan bagi mengelakkan buah pisang menjadi mangkal dan seterusnya menjejaskan kualiti buah.
  • Anak pisang pertama hanya dibela setelah jantung pisang keluar bagi memastikan pokok induk yang benar-benar subur.
  • Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
IMG_20171206_114610-150x150 Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #baja pokok pisang #cara menanam dan merawat pisang #cara menanam pohon pisang #cara menjaga tanaman pisang #cara penanaman pisang #kaedah penanaman pohon pisang #Panduan Lengkap Menanam Dan Merawat Pokok Pisang #panduan lengkap menanam pisang #panduan lengkap penanaman pisang #panduan menanam dan merawat pisang #penyakit pohon pisang #pisang #Pokok Pisang #rahsia tanam pokok pisang #rawat pokok pisang #tanam pokok pisang #tips tanam pisang

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!"