Pemasangan enjin sangkut atau outboard engine pada sampan tidak sama kaedahnya di antara sampan yang berlunas rata dengan yang berlunas melengkung.
Sampan Lunas Rata
Perkara-perkara berikut ditentukan dahulu sebelum memasang enjin:
- Ketinggian Pepat (transom height)
Ianya bergantung kepada ukuran pepat (transom). Ukuran yang diperlukan ialah seperti jadual di bawah :
- Garis Tengah (Pembahagi Dua Lebar Belakang Sampan)
Apabila memasang enjin, ia mestilah selari dengan garis tengah supaya sampan mudah dikendalikan dan tidak senget.
Cara Menyesuaikan Ketinggian Pepat (transom height)
Ketinggian pepat mesti diubahsuai jika di dapati kedudukan enjin pada sampan tidak mengikut ukuran yang sesuai dan akan menyebabkan bahagian-bahagian enjin cepat rosak dan tidak mencapai kuasa maksima.
- Bahagian Yang Perlu Dipotong
- Bahagian Yang Perlu Ditambah
Cara Menyangkut Enjin
Sampan Berlunas Melengkung
Menyangkut enjin pada sampan jenis lunas melengkung boleh dibuat dengan dua cara iaitu:
- Sangkut Di Belakang
- Sangkut Di Sisi
Kaedah Ketinggian Enjin Sangkut Pada Sampan
Ketinggian enjin bagi sampan lunas melengkong ini dikira dari lunas kepada plet anti peronggaan (Anti Cavitation Plate).
Ketinggian Pepat Tidak Betul
- Terlalu Tinggi
Sekiranya enjin dipasang terlalu tinggi, pusingan kipas akan timbul dipermukaan air dan akan menyebabkan:
- Dedaun kipas akan berlubang, serpih dan haus
- Pusingan enjin meningkat
- Pergerakan sampan perlahan
- Penggunaan bahan api berlebihan
- Terlalu Rendah
Jika kedudukan enjin terlalu rendah, ianya akan menyebabkan:
- Kuasa enjin berkurangan
- Suhu enjin meningkat
- Percikan air terlalu banyak
- Bahagian-bahagian enjin cepat rosak
- Penggunaan bahan api berlebihan
- Beban enjin bertambah
Kecondongan Enjin Sangkut Pada Sampan
Apabila menyangkut enjin di sampan, perlu ditegakkan ke paras 90o. Jika kedudukannya condong, ia akan mempengaruhi perjalanan sampan.
- Pemasangan Yang Betul
Sebaik-baiknya apabila sampan bergerak, keadaan paras air dengan lunasnya adalah selari.
- Terlalu Ke Depan
Jika kedudukan enjin condong ke depan, apabila sampan bergerak akan menyebabkan haluannya menjunam ke air dan menghalang pergerakan sampan. Tindakan mengubah cemat penyelarasan ke belakang perlu dibuat.
- Terlalu Ke Belakang
Kedudukan enjin terlalu ke belakang akan mengakibatkan haluan sampan mendongak dan melambung ketika sampan bergerak. Ubahkan cemat penyelarasan ke hadapan.
Tags: #cara pasang enjin bot #cara pasang enjin bot fiber #cara pasang enjin sangkut pada vesel #kaedah betul pasang enjin bot #kedudukan enjin bot fiberglass #panduan lengkap pasang enjin bot #teknik pasang outboard engine