Semakin hari, semakin cantik jelita. Itulah yang terlintas di fikiran penulis mengenai Anzalna Nasir yang cantik persis bidadari di kayangan.
Jika dilihat sejak awal kemunculannya di arena seni hiburan tanah air, penampilan anak jati Pulau Pinang ini masih sama sehingga hari ini lebih-lebih kini bergelar isteri orang.
Pasti ramai yang ingin tahu rahsia kecantikan pelakon drama Memori Cinta Suraya, Maskara dan Arluna ini.
Dipetik dari Era.FM, finalis Dewi Remaja 2010/2011 ini tidak lokek berkongsi tips kecantikannya buat para peminat. Check it out!
1. Sapu Putih Telur Di Wajah
“Untuk mendapatkan kulit yang lembut dan anjal, saya sering mengamalkan sapuan putih telur di wajah, Ini kerana, kandungan protein yang terdapat dalam putih telur dipercayai mampu melembabkan kulit wajah dan mempercepatkan proses penjanaan pada kulit wajah,” katanya.
Cara Rawatan:
Oleskan putih telur ke seluruh raut wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan setiap hari untuk mendapat hasil yang semaksimun.
2. Berselawat ketika cuci muka
“Setiap kali basuh muka, Anzalna akan berselawat. Amalan ini sedikit sebanyak mengekalkan keserian pada wajah kita setiap hari,” jelasnya.
3. Rajin Cuci Rambut Setiap Hari
“Kalau nak rambut hitam bersinar dan ikal mayang, kita kena rajin menyuci rambut setiap hari. Jangan lupa untuk menggunakan vitamin secara konsistan untuk kesihatan rambut kita,” katanya.
4. Makan Dalam Kualiti Sederhana
“Kalau nak cantik dan langsing, ajar diri untuk makan makanan dalam kualiti yang sederhana dan sihat. Jauhi makanan berminyak dan berlemak. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,” jelasnya.
5. Banyak Minum Air Suam
“Untuk dapatkan kulit yang cantik secara semula jadi, saya sarankan agar meminum air suam selepas bangun dari tidur. Lebihkan air suam atau kosong, kurangkan pengambilan air manis,” katanya.
Tags: #Cantik Macam Anzalna Nasir #cara nak cantik macam anzalna nasir #pelakon jelita anzalna nasir #Rahsia Cantik Anzalna #Tips Kecantikan Anzalna Nasir