Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Musim Durian & Jenis Jenis Durian Di Malaysia!

Durian adalah buah yang sangat dinanti-nantikan kemunculan musimnya. Apabila tiba musimnya pasti membuatkan pengemar tegar durian tersenyum lebar. Durian juga dikenali sebagai raja segala buah telah mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia walaupun harganya yang mencecah puluhan ringgit. Tahukah anda, bilakah musim durian?

Musim Durian di Malaysia

Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu timur Malaysia seperti Sabah dan Sarawak dan juga Barat Malaysia yang termasuk seluruh Semanjung Malaysia. Musim durian di Barat Malaysia dipengaruhi oleh angin monsun tahunan. Dengan kata lain, perubahan cuaca yang susah dianggar akan menentukan bila masanya musim durian.

Barat Malaysia dibahagi kepada tiga kawasan iaitu :

  • Bahagian utara yang melingkungi negeri Perlis, Kedah, Penang dan utara Perak. Musim berbuah durian dikatakan bermula dari Jun atau Julai.
  • Bahagian tengah dan selatan yang termasuk negeri selatan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. Musim berbuah durian akan bermula dari Jun sehingga Ogos. Kadang-kadang, ada juga musim durian yang datang sekitar bulan Disember atau Januari.
  • Bahagian perantauan Timur. Kawasan ini bermula dari utara Kelantan menerusi Terengganu hingga kawasan perantauan Pahang. Musim durian hanya berlaku dalam bulan Julai hingga September.

Sekarang anda sudah jelas dengan musim-musim durian untuk kawasan tertentu, bolehlah agak-agak masa yang betul untuk makan durian kegemaran anda. Ada pelancong luar negara yang gemar datang ke Malaysia semata-mata untuk mencari buah durian, disamping menikmati pengembaraan di negara kita yang unik ini.

Bagi penggemar yang suka memakan buah ini,harga bukanlah menjadi masalah,yang sering diambil kira semasa membeli buah ini adalah jenis durian tersebut. Tahukah anda semua buah durian mempunyai pelbagai jenis di pasaran? Terdapat pelbagai jenis buah durian dari pelbagai baka yang dijual di seluruh negara. Setiap jenis buah durian ini mempunyai rasanya yang berbeza-beza dan tersendiri. Tidak hairan juga sekiranya anda singgah digerai-gerai jualan buah durian, anda akan mendapati harga buah durian ini adalah berbeza-beza.

Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

Dengan banyaknya  jenis durian yang dijual di pasaran, sering kali banyak  orang awam yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab sehingga mereka perlu membayar dengan harga yang tinggi. Jadi, kenali jenis-jenis durian yang biasanya terdapat di pasaran Malaysia.

  1. Musang King (Mao Shan Wang)

Musang King ialah jenis durian yang paling digemari ramai dan dikatakan sebagai durian paling berkualiti. Harganya cukup mahal dan boleh mencecah harga setinggi RM 100 sekilogram. Walaupun mahal, itu tidak menghalang peminat durian menikmatinya. Isi durian Musang King berwarna kuning terang dan mempunyai rasa manis pahit serta memiliki tekstur berkrim.

musang-king Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit

Warna: Kuning terang

Asal: Tanah Merah, Kelantan

Rasa: Manis dan Pahit, teksttur berkrim.

Ciri : Warna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg, Besar (2-2.5 kg)

  1. Golden Phoenix

Jenis durian seterusnya ialah durian Golden Phoenix. Durian ini diberi namanya kerana isi durian yang berwarna kuning pucat dan keputihan seperti bulu burung lagenda, Garuda atau Phoenix. Durian ini banyak ditanam di negeri Pahang dan Johor. Durian ini diminati oleh golongan yang tidak menyukai durian yang terlalu manis. Isi durian Golden Phoenix adalah pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam.

GOlden-phoenix-1 Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Nama Lain: Jin Feng

Warna: Kuning pucat dan keputihan

Asal: Pahang, Johor

Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam

  1. XO

Durian XO merupakan antara durian yang terbesar antara kesemua durian. Lazimnya, durian XO ini mencapai berat sebanyak 3.3 kilogram sebiji dan dijual pada harga RM40. Durian XO ini boleh didapati di Johor, Genting dan Cameron Highlands. Durian XO menjadi kegemaran ramai walaupun rasanya agak pahit dan lembut kerana isinya yang tebal.

XO Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Warna: Kuning pucat

Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands

Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuat

Ciri : Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tidak serata

  1. D24

Durian ini merupakan Sultan bagi segala durian. Warna isinya ialah kuning pucat dan mempunyai rasa lemak tetapi pahit. Meskipun begitu, ramai masih menyukai durian ini kerana isinya yang lebih tebal berbanding durian-durian yang lain.

D24 Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Nama Lain: Sultan

Warna: Kuning pucat

Rasa: Berkrim dan juga pahit

Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands

Ciri : Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tidak serata

  1. D13

Durian D13 mempunyai warna isi yang unik iaitu berwarna oren. Kebanyakan orang yang baru mula mencuba durian menyukai durian jenis ini kerana tidak mempunyai rasa dan aroma yang berbau. Namun begitu, peminat tegar durian kurang meminati durian D13 ini kerana isinya kurang dan mempunyai biji yang besar.

D13 Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Warna: Oren

Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.

Asal: Johor, Segamat

  1. D1

Durian D1 mempunyai isi berwarna kuning pucat. Isinya rasa berlemak seperti susu dan isinya mudah terpisah daripada biji serta mempunyai tekstur rangup di permukaan isi buah.

D1 Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Warna: Kuning pucat

Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan

Asal: Johor

  1. D101

Durian D101 merupakan durian yang mempunyai kualiti sedikit rendah berbanding Musang King. Walaupun rasa dan tekstur durian ini hampir sama dengan Musang King tetapi warna isinya kurang menarik kerana berwarna kuning kusam. Meskipun begitu, isi durian ini lebih manis berbanding jenis-jenis durian yang lain.

D101-Durian Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Warna: Kuning kusam

Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim

Asal: Pahang, Johor

  1. Red Prawn (Udang Merah)

Durian Udang Merah mempunyai warna isi yang cukup menarik. Durian yang ditanam di negeri Pahang dan Johor ini mempunyai isi berwarna jingga kemerahan. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang sedikit melekit. Walaupun begitu, isinya tetap rasa manis dan sedap dimakan bersama pulut.

Red_Prawn Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay

Warna: Jingga kemerahan

Rasa: Sedikit melekit dan manis

Asal: Pahang, Johor

  1. Green Bamboo

Durian Green Bamboo diberi nama atas warna isinya yang kuning kusam dan ada kalanya, kehijauan sedikit. Seperti buluh juga, isinya berserat-serat dan berasa manis. Hati-hati apabila makan durian ini.

Green_Bamboo Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Nama Lain: Qing Zhu

Warna: Kuning kusam beserta kehijauan

Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan

Asal: Johor

  1. Black Pearl

Jenis durian kesepuluh ialah durian Black Pearl. Walaupun kulitnya hijau gelap kehitaman, ini tidak bermakna buahnya sudah busuk. Isi buah ini adalah berwarna kuning pucat. Kulit luarannya menggambarkan rasa buah yang sedikit pahit dan berlemak. Selain itu, durian Black Pearl juga mempunyai biji yang kecil.

black-pearl-durian Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Nama Lain: Hei Zhen Zhu

Warna: Kuning pucat

Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil

Asal: Johor

  1. Little Red

Durian Little Red merupakan jenis durian yang jarang dikenali oleh kebanyakan orang mahupun rakyat Malaysia. Durian ini berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai isi kemerahan. Saiznya tidak besar, iaitu dalam anggaran saiz sepak takraw.

little-red Musim Durian & Jenis-Jenis Durian Di Malaysia!

Warna: Kemerah-merahan

Rasa: Kadang kala pahit dan kadang kala manis, sedikit rasa masam yang agak unik dirasai selepas makan.

Asal: Balik Pulau, Penang

Loading...

Tags: #bilakah musim durian #durian #durian black pearl #durian D1 #Durian D101 #durian D13 #durian D24 #durian golden phoenix #durian green bamboo #durian kegemaran #durian little red #durian merah #durian paling best #durian paling sedap #Durian red prawn #durian XO #jenis durian malaysia #jenis durian terbaik #jenis-jenis durian malaysia #musang king #musim durian #musim durian malaysia #musim durian semenanjung malaysia

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.