Era modifikasi sudah tidak asing lagi di Malaysia khususnya. Bagi pemilik kenderaan tempatan, salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kenderaan kesayangan mereka adalah melalui proses modifikasi bermula dari luaran malahan dalaman dan seterusnya ke bahagian paling penting dalam sesebuah kenderaan iaitu engine.
Begitulah keadaannya, pemilik kenderaan ini adalah anak kelahiran negeri Terengganu yang meminati bidang modifikasi. Modifkasi bermula apabila beliau mula memiliki kenderaan sendiri buatan tempatan pada tahun 2005. Kereta jenis proton Wira dibeli oleh beliau adalah keluaran baru dengan harga RM48,0000. Sesaran engine adalah 1,500cc dengan kekuatan lebih kurang 70HP.
Setelah lama menggunakan engine asal, beliau telah pun hilang minat dengan prestasi engine sedia ada dan bercadang mendapatkan engine yang lebih berkuasa. Dorongan dari kawan-kawan serta sedikit pengetahuan berkenaan system engine turbo, beliau telahpun mengambil keputusan untuk mendapatkan engine turbo daripada model Mitsubitshi Lancer GSR 1.8cc atau juga dikenali dengan 4G93T.
Harga adalah sekitar RM6,500 dan pemasangan mengambil upah sebanyak RM1,000 – RM1,200. Engine asal telahpun dijual dengan harga sekitar RM1,500.
Modifikasi bermula dengan menukarkan intercooler asal kepada jenis infinite untuk melancarkan pergerakan udara panas dalam system turbo.
Selain itu, saluran getah yang menyambungkan komponen penting engine telah ditukarkan kepada saluran stainless steel untuk memberi ketahanan semasa engine berfungsi dan menghalang kebocoran vacum dan boost engine semasa memecut. Sambungan-sambungan paip diikat dengan paip silicone berjenama SAMCO yang terbukti tahan panas.
Sistem penapis udara telah ditukarkan kepada jenis Apexi Twimfin untuk meningkatkan prestasi engine semasa memecut. Blow in asal engine telah dinaiktaraf kepada jenis blow off yang berjenama SARD R2d2 bagi tujuan menjamin pembebasan lebihan boost dengan baik. Wastegate jenama HKS bersaiz 38mm juga dipasang pada system engine tersebut.
Selain itu, kabel plug jenama NGK Hyper silicone bersama plug jenis HKS dipasang untuk menjamin pembakaran sempurna petrol semasa engine dihidupkan. Asessori dalaman dipasangkan dengan kerusi semi bucket jenama RECARO diambil daripada kereta mitsubitshi Evolution 3.
Pemilihan komponen dari jenis evolution 1 hingga 3 banyak persamaan kerana keadaan chasis proton Wira adalah sama dengan kereta buatan Negara Matahari Terbit.
Meter tambahan dipasang berjenama Apexi untuk menunjukkan ukuran boost serta kelengkapan elektronik lain seperti Apexi Rev Speed Meter (RSM), Greedy Prospec B Boost Controller dan HKS Type – 1 Turbo Timer. Sistem audio dengan speaker jenama Kenwood dan player jenama Pioneer MP3/WMA/CDA serta dilengkapi system power amp jenis JBL. Dari segi luaran, kereta beliau telah mengenakan bodykit 100% diambil dari model Mitsubitshi Lancer Evolution 1 dengan cermin belakang dilengkapi system wiper yang juga diambil daripada kereta model tersebut.
Rim Evo Regamaster bersaiz 16 inch dikenakan bersama tayar 205/55/16 jenama YOKOHAMA R1 Adrive untuk memberi cengkaman yang baik semasa memecut di dalam keadaan hujan. Sistem ekzos juga ditingkatkan dengan memasang muffler ekzos jenis HKS Super Dragger dengan saluran ekzos 2.5 inch lebar.
Sehingga kini dianggarkan pengubahsuaian beliau mencecah RM30,000.00 dan angka tersebut amat familia bagi peminat bidang modifkasi. Namun bila ditanya berkenaan perancangan modifikasi masa hadapan, dengan sinis, beliau menjawab “Dunia modifikasi sememangnya tiada penghujung…”
Spesifikasi :
- Bodypart: Original EVO II (complete set)
- Colour Body : Champion White
- Engine : 4G93T GSR Turbo 1834cc GSR RS
- Rim : Evo Regamaster 16 inch
- Tyre : Yokohama R1 Adrive 16R/205/55
- GSR Front Disc
- EVO Rear Disc
- Rear arm EVO with anti roll bar
- Spring : GAB Adjustable AVCS hi-lo
- SARD R2D2 Blow Off
- Steering MOMO Daytona
- RAZO gear with quick shift
- Custom engine bar
- Apexi Twim fin air filter
- Stainless steel engine piping with SAMCO hose
- INFINATE Intercooler
- Custom Banana manifold
- HKS Wastegate
- EXCEDY clutch plate 9mm
- HKS Super Dragger muffler 3 inch
- Tank 4WD
- EVO II wiper belakang functional with water spray
- Intercooler spray with switch
- NGK plug cable
- Panel door EVO complete switch
- RECARO seat full seat (takes from EVO III)
- APEXI Black Face boost meter
- AUTOGAUGE water temp meter with sensor
- HKS type-1 turbo timer
- HELLA sport horn
Tags: #gambar kereta wira makeup #gambar kereta wira turbo #gambar proton wira aeroback modified #Kereta Proton Wira Menjadi EVO #kereta wira cantik #kereta wira convert #kereta wira mekap #modifikasi proton wira enjin gsr #piping stainless steel #proton turbo #proton wira modification #proton wira modified body kit #proton wira modified pictures #seat recaro evo 3 #wira 1.3 upgrade #wira aeroback bodykit #wira sedan modified picture #wira turbo