Bukit Bunga, Jeli, Kelantan, Malaysia
Bukit Bunga terletak bersempadanan antara Malaysia-Thailand. Ia merupakan laluan terbaru yang menghubungkan dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Laluan daripada Bukit Bunga, Malaysia ke Thailand dihubungkan melalui jambatan Bunga-Ban Buketa Bridge yang mula dibuka pada 21 Disember 2007. Usia jambatan yang menghubungkan dua negara ini sudahpun berusia 9 tahun (2016).
Pekan yang terletak disebelah Thailand dikenali sebagai Ban Buketa. Pekan Ban Buketa terletak di wilayah Narathiwat. Jika anda berada di Kota Bharu, anda akan melalui daerah Tanah Merah kemudian menuju ke arah jalan utama Timur-Barat sebelum tiba di Bukit Bunga.
Jarak perjalanan menaiki kenderaan daripada Tanah Merah ke Bukit Bunga, Jeli dianggarkan sekitar 30 km dengan melalui kampung-kampung kecil seperti Bukit Nangka, Cedok, Tokpe, Kampung Bukit, Renab, Jenub.
Duty free zone
Selepas pembukaan laluan baharu Malaysia-Thailand pada tahun 2007, kini kawasan tersebut telahpun diisytiharkan oleh kerajaan sebagai zon bebas cukai. Antara kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut ialah seperti balai Polis, masjid, kompleks kerajaan yang menempatkan beberapa agensi seperti Maqis, Imigresen dan Kastam.
Senario kawasan bebas cukai ini agak hampir sama dengan zon bebas cukai kawasan bersempadan lain seperti Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Kelantan mahupun di Padang Besar, Perlis.
Secara lazimnya, zon bebas cukai di Kelantan menawarkan barangan dari Thailand seperti buah-buahan, beras, permainan kanak-kanak, perkakasan rumah, alatan dapur dan juga pakaian. Begitu jugalah senarionya dengan zon bebas cukai Bukit Bunga ini.
Waktu operasi peniaga di kawasan ini adalah antara jam 9 pagi sehingga 7 malam. Dari segi harga barangan seperti makanan, buah-buahan, jeruk dan beras secara amnya masih lagi murah berbanding dengan tempat lain, terutama barangan makanan yang berasal dari Thailand. Secara zahirnya, kebanyakkan peniaga di sini terdiri daripada penduduk tempatan dan warga Thailand.
Gambar Menarik Zon Bebas Cukai Bukit Bunga, Jeli, Kelantan
Tags: #apa menarik di bukit bunga jeli kelantan #asal usul bukit bunga #barangan bebas cukai bukit bunga jeli #barangan jualan bukit bunga #bukit bunga duty free zone #duty free bukit bunga kelantan #kawasan shopping sempadan malaysia thailand #kawasan zon bebas cukai kelantan #visit bukit bunga kelantan
Duaposen7 years ago
Macam kat padang besar ya suasananya dan barangan yang dijual, menarik! Selain di Jeli, saya pun ada kongsikan tempat2 menarik kat Kelantan ni, kalau nak cari idea nak kemana2, link saya ada sharekan di bawah ya
http://www.duaposen.com/tempat-manarik-di-kelantan/