Kita biasa sangat dengan ungkapan ini “Terima Seadanya”. Ya, kita kena belajar maksud ungkapan tu. Kalau tak salah, ia bermaksud kita perlu menerima segala kebaikan dan keburukan yang ada pada seseorang itu tidak kira ia datang dalam bentuk macam mana sekalipun. Samada dari segi tingkah laku, perbuatan atau kecacatan fizikal yang dimiliki olehnya. Betulkah ia bermaksud begitu? Mungkin anda lebih faham sebab anda adakah pakar.
Orang cakap, kalau nak mereka terima diri kita, kita kena belajar menerima mereka. Tapi bukan kita tak boleh ubah semua tu kan? Maksudnya berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin mereka akan lebih menghargai kita.
Ungkapan itu, bukan bermaksud kita dipaksa untuk berubah menjadi yang terbaik bagi mereka. Tiada paksaan untuk itu, kerana itu bukan hak mutlak mereka. Mungkin betul, “Ya, Aku adalah Aku.. mereka tak berhak merubah Aku. Sebab mereka kena terima Aku seadanya”
Patut kah?
Tags: #fahami maksud terima seadanya #maksud terima seadanya #percintaan dan terima seadanya #perlukah terima seadanya