Apa yang dimaksudkan dengan maloklusi (malocclusion) ?
- Maloklusi adalah keadaan di mana gigi tidak tersusun dengan baik antara rahang atas dan rahang bawah.
Kesan maloklusi kepada individu:
- Masalah semasa mengunyah kerana gigi pada rahang atas dan rahang bawah tidak sekata.
- Masalah penampilan diri, kurang keyakinan dengan paras wajah ketika senyum.
- Gigitan yang tidak sekata yang boleh menyebabkan masalah gusi, karies dan kesakitan rahang.
Jenis-jenis maloklusi
Terdapat 3 jenis keadaan maloklusi mengikut klasifikasi angle’s iaitu ;
Maloklusi Kelas I
Maloklusi Kelas II
Maloklusi Kelas III
Apakah yang dimaksudkan dengan gigi berlapis (crowding)?
- Keadaan di mana tiada ruang yang cukup untuk pertumbuhan gigi baru dan ia tumbuh pada ruang yang tidak sepatutnya.
Apakah kaedah rawatan untuk masalah maloklusi?
Terdapat 3 kaedah rawatan yang digunakan untuk masalah maloklusi, iaitu ;
- Upper removable appliance atau aplians boleh tanggal.
- Fixed appliances (braces) atau aplians tetap.
- Functional appliances atau aplians fungsi.
Bagaimanakah untuk mendapatkan rawatan ortodontik?
- Perlu ke klinik pergigian kerajaan (bagi yang berumur 17 tahun ke bawah) untuk mendapatkan rujukan di klinik pakar ortodontik, atau
- Boleh juga ke klinik pergigian swasta yang mempunyai kepakaran ortodontik.
Sumber : Dental Officer KKM, Malaysia
Tags: #3 jenis keadaan maloklusi #cara merapikan gigi yang tidak beraturan #Fixed appliances (braces) #Functional appliances #gigi jongang tak cantik #Images for gigi berlapis #kaedah rawatan untuk masalah maloklusi #Kesan maloklusi #Maloklusi Kelas I #Maloklusi Kelas II #Maloklusi Kelas II Division I #Maloklusi Kelas II Division II #Maloklusi Kelas III #merapikan gigi depan yang besar #pendakap gigi #rawat gigi berlapis #Upper removable appliance