Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat kelamin berbau bukan perkara biasa yang dialami.
Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.
Masalah jangkitan pada faraj boleh berlaku pada wanita sama ada kepada wanita yang telah berkahwin atau yang masih remaja. Bagaimanapun kebanyakkan wanita kurang berpengetahuan mengenai punca masalah tersebut dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.
Kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.
Punca kegatalan
Bagi pesakit yang mengidap jangkitan kegatalan melalui pasangan, hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Adalah dinasihatkan melakukan pemeriksaan kepada kedua-dua pasangan berkenaan untuk mengetahui punca sebenar penyakit.
Jangkitan oleh cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis) adalah suatu jangkitan parasit yang terutama menyerang kanak-kanak, di mana cacing enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi jangkitan (akibat perbuatan kerap menggaru). Jangkitan cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh disapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak dua hingga tiga kali sehari.
Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini. Organ utama yang terlibat adalah kulit iaitu hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindak balas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan mengelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada bahagian anggota sulit.
Kaedah rawatan
Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut. Anda boleh mengikuti Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Wanita
Tags: #alat kelamin gatal #cara rawatan alat kelamin wanita #gatal bahagian sulit wanita #gejala awal gatal alat kelamin #rawat bahagian sulit gatal #sebab gatal alat sulit #tanda awal gatal bahagian vagina #vagina gatal