Siapa kata bahan-bahan yang terdapat di dapur anda hanya sesuai digunakan untuk memasak semata-semata.
Sebagai contoh, soda powder atau serbuk penaik. Bukan sahaja digunakan dalam membuat pastri malah mempunyai manfaat tersendiri dalam kecantikan diri.
Daripada membazir wang yang banyak untuk membeli produk kecantikan dan mendapat rawatan di salon, lebih baik mencuba perawatan soda powder ini di rumah anda.
Apa tunggu lagi, jom ketahui 5 manfaat Soda Powder untuk kecantikan diri.
1. Pengganti Pencuci Muka
Anda kehabisan pencuci muka? No worries, soda powder boleh jadi penyelamat anda!
Campurkan 3 sudu teh soda powder dengan sedikit air hangat. Kacau sehingga pekat sedikit. Kemudian, aplikasikan pada telapak tangan lalu disapu pada raut wajah seperti mengguna pencuci muka seperti biasa. Urutkan perlahan-lahan sebelum dibilas air bersih.
2. Menghaluskan Tumit Kaki
Percaya atau tidak, soda powder mampu mengatasi masalah tumit kaki yang kasar dan pecah-pecah.
Caranya, campurkan 4 sudu teh soda powder ke dalam air panas di dalam baldi kecil. Rendamkan kaki selama 15 hingga 20 minit sebelum digosok secara perlahan-lahan di bahagian tumit dan telapak kaki. Lakukan rawatan ini 3 kali seminggu untuk hasil yang maksimal. Ternyata, tumit kaki anda pastinya semakin halus dan sihat.
3. Memutihkan Gigi
Tahukan anda, soda powder boleh membersih dan memutihkan gigi anda secara semula jadi.
Jangan risau, rawatannya sangat mudah. Anda hanya perlu membasahi berus gigi lalu letakkan sedikit soda powder di kepala berusnya. Seterusnya, gosok gigi anda seperti biasa dan bilas dengan air bersih. Jika dilakukan secara rutin, pastinya senyuman anda kembali bersinar.
4. Mencerahkan Ketiak
Anda memiliki kulit ketiak yang hitam dan tidak bersih. Jom kembalikan kecerahan ketiak anda dengan cepat dan semula jadi menerusi soda powder.
Tambahkan 2 sudu soda powder bersama perahan jus limau nipis ke dalam mangkuk. Kacau sehingga pekat dan sebati. Oleskan pada kulit ketiak dan gosok secara memutar selama beberapa minit. Gosokkan ini dikatakan dapat menanggal sel kulit mati dan kotoran yang terdapat pada ketiak anda. Jangan lupa bilas ketiak anda dengan air bersih.
5. Mengeringkan Jerawat
Untuk pengetahuan para pembaca, soda powder juga boleh dijadikan masker untuk merawat masalah kulit wajah seperti jerawat dan bintik hitam.
Semudah ABC, anda cuma campurkan 2 sudu soda powder ke dalam mangkuk dengan sedikit air hangat. Lalu sapukan di sekeliling wajah anda seperti memakai masker. Diamkan seketika selama 15 hingga 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Untuk mendapatkan kulit yang sihat menawan, anda digalakkan melakukan rawatan ini 3 hingga 4 kali seminggu.
Tags: #baking soda #Manfaat Soda Powder Untuk Kecantikan #Nak Cantik Guna Serbuk Penaik #Nak Cantik Guna Soda Powder #Serbuk Penaik #serbuk soda #Soda Powder