Manfaat Luar Biasa Disebalik Kulit Pisang Yang Perlu Anda Ketahui!

Manfaat Kulit Pisang

Di Malaysia, buah pisang sangat digemari serta mudah didapati dimana-mana sahaja seperti gerai buah-buahan, pasar malam atau pasaraya berdekatan anda.

Bukan sahaja enak dimakan terus, pisang juga boleh dinikmati dengan pelbagai cara seperti jus minuman, smoothie atau pisang goreng.

Kalau anda memakan tiga biji pisang, ianya mampu memberikan 1500 miligram potasium yang berguna dalam menambahkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalani aktiviti seharian.

Selain isinya, kulit pisang juga mempunyai manfaat yang luar biasa kepada kita semua. Oleh itu, jangan dibuang kulit pisang terlebih dahulu.

Berikut, penulis bocorkan empat manfaat luar biasa disebalik kulit pisang yang perlu anda ketahui. Here they are!

1. Memutihkan Gigi

Memiliki gigi yang sihat dan putih sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri seseorang. Persoalannya, bagaimana cara untuk memutihkan gigi? Pssst, ini rahsianya! Dengan menggunakan kulit pisang, anda tidak perlu membazir wang dan berjumpa doktor gigi lagi.

Caranya, gosok sahaja kulit pisang pada gigi anda secara membulat setiap hari. Dalam masa dua minggu, gigi anda akan kelihatan putih bersinar.

2. Membasmi Kulit Berjerawat

It’s everyone’s number one problems! Meskipun menggunakan pelbagai produk kecantikan di pasaran, masalah jerawat masih tidak dapat diatasi. Jangan risau, apakata cuba gunakan kulit pisang untuk mengubati masalah kulit berjerawat anda.

Semudah ABC, anda cuma perlu gosokkan kulit pisang dibahagian berjerawat secara perlahan-lahan. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur. It’s gonna be a perfect start to your beautiful skin!

3. Dapatkan Kulit Mulus, Kenyal & Lembut

Guys, untuk mendapat kulit wajah yang mulus, kenyal dan lembut secara semula jadi bukanlah satu mimpi lagi. Siapa sangka, kulit pisang mampu menjadi solusi terbaik buat anda miliki kulit wajah yang diidamkan selama ini.

Ambil kulit pisang dan gosokkan secara perlahan-lahan diseluruh wajah anda secara rutin setiap malam sebelum masuk tidur. Rehatkan semalaman sebelum dibilas dengan air sederhana panas keesokan hari and you’ll get the result.

4. Atasi Masalah Iritasi & Kegatalan

Last but not least, kulit pisang boleh mengatasi masalah iritasi atau kegatalan yang dialami oleh anda akibat gigitan serangga.

Tempelkan bahagian dalam kulit pisang pada kulit yang terkena iritasi atau gatal kira-kira semalaman. Tahukah anda, manfaat yang terkandung pada kulit pisang mampu melegakan rasa gatal-gatal pada kulit kita semua. Nice to try, right!

azlan-150x150 Manfaat Luar Biasa Disebalik Kulit Pisang Yang Perlu Anda Ketahui!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara membuat masker kulit pisang #kandungan kimia kulit pisang #Khasiat Disebalik Kulit Pisang #Lebih Khasiat Kulit Pisang yang Tersembunyi #Manfaat Istimewa Kulit Pisang #manfaat kulit pisang #Manfaat Kulit Pisang Bikin Kulit Wajah Sehat dan Awet Muda #Manfaat KULIT PISANG Untuk Kesehatan Kecantikan #Manfaat Kulit Pisang Untuk Pengobatan Kesehatan Kecantikan #Manfaat Luar Biasa Kulit Pisang #manfaat rebusan kulit pisang #Manfaat Tersembunyi dari Kulit Pisang

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.