Dari dulu sehingga kini, daun pandan sentiasa menjadi pelengkap kepada masakan terutamanya dalam pencuci mulut atau kuih-muih tradisional.
Sangat sinomin dengan masyarakat Melayu, daun pandan ini senang ditanam dan diperolehi khususnya di sekitar kampung-kampung.
Tahukah anda, daun pandan memiliki pelbagai manfaat kepada kita semua selain dijadikan sebagai bahan masakan.
Berikut, penulis senaraikan 4 manfaat daun pandan yang perlu diketahui oleh anda.
1. Mengatasi Kelemumur
Masalah rambut seperti kelemumur bukan sahaja terjadi pada wanita semata-mata malahan boleh berlaku pada golongan Adam di luar sana. Jika tidak diatasi segera, anda akan mengalami kegatalan kulit kepala yang teruk.
Cara Rawatan:
Ambil tiga hingga lima daun pandan lalu dihiris kecil-kecil dan ditumbuk sehingga halus. Setelah siap, sapukan ke sekeliling kulit kepala dan rambut sambil mengurut secara perlahan-lahan. Lakukan tiga atau empat kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
2. Menghitamkan Rambut
Di samping mengatasi masalah kelemumur, daun pandan juga boleh mengembalikan kehitaman rambut anda.
Cara Rawatan:
Bersihkan enam atau tujuh daun pandan dan dipotong sama rata lalu direbus dengan air ke dalam periuk sehingga mendidih dan berwarna kehijauan. Setelah dingin, biarkan air rebusan mengembum semalaman.
Pada keesokan harinya, campurkan air rebusan ini dengan air perahan tiga biji buah mengkudu matang. Setelah siap, basuh rambut anda dengan air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Jika dilakukan secara rutin, rambut anda akan kembali hitam dan wangi sentiasa.
3. Mengubati Panau
Meskipun tidak menyakitkan, panau yang menyebabkan tompok-tompok keputihan atau kemerahan ini sedikit sebanyak merimaskan pandangan terutamanya jika terjadi pada bahagian kulit yang terdedah daripada pakaian. Kebiasaannya, penyakit kulit ini sering terjadi pada kanak-kanak.
Cara Rawatan:
Tumbuk segenggam daun pandan sehingga halus sehingga mengeluarkan air. Ambik air berkenaan lalu dicampurkan dengan sedikit garam untuk diminum tiga hari berturut-turut. Air ini dikatakan boleh menyembuhkan panau yang dihadapi anda.
4. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi pada hari ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Tidak mengamalkan gaya hidup sihat turut menyebabkan berlakunya gejala ini. Malah, tekanan darah tinggi ini boleh membawa kepada risiko strok.
Cara Rawatan:
Rebus beberapa daun pandan bersama dua gelas air ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Setelah dingin, minum air rebusan ini pada waktu pagi dan petang secara konsisten sehingga tekanan darah tinggi anda kembali normal.
Tags: #efek samping daun pandan wangi #Inilah Manfaat Rahsia Pandan Wangi #Kebaikan Daun Pandan #Kebaikan Daun Pandan Untuk Kecantikan #Ketahui Manfaat Daun Pandan #khasiat daun pandan untuk hipertensi #khasiat daun pandan untuk kolesterol #khasiat daun pandan untuk kulit #Manfaat dan Khasiat Daun Pandan untuk Kesihatan #Manfaat Daun Pandan #Manfaat Daun Pandan Untuk Kesihatan Diri #manfaat daun pandan untuk wajah #Manfaat Daun Pandan Yang Luar Biasa #Manfaat Mengejutkan Daun Pandan