Mandi Dengan Air Panas, Rupa-Rupanya Banyak Manfaatnya!

Mandi Air Panas

Pulang dari tempat kerja terutamanya pada waktu malam membuatkan anda berasa sangat penat, tidak bertenaga dan kurang bermaya.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, apakata anda mencuba rawatan mandian air panas di rumah. Mandian air panas selepas seharian melakukan aktiviti yang memenatkan dapat membuatkan tubuh dan minda anda kembali aktif dan bertenaga.

Sebelum mandi, anda diingatkan supaya memastikan mandian tidak terlalu panas sehingga menyebabkan kecelakaan pada tubuh badan. Selepas mandi, jangan lupa bilaskan badan anda dengan air sejuk. Seelok-eloknya, amalan ini boleh dilakukan 2 hingga 3 kali seminggu.

Dipetik dari laman HAI Online.Com, berikut 4 manfaat tersembunyi mandian air panas yang jarang diketahui orang ramai. Selamat membaca!

1. Atasi Masalah Kesukaran Tidur

Buat yang mengalami masalah insomnia atau sukar tidur, mandi air panas boleh dijadikan solusi terbaik anda. Sesekali dapat merendamkan diri dalam tap mandian air panas pastinya menyeronokkan.

Untuk info, mandian air panas akan meningkatkan suhu badan seterusnya menurun perlahan-lahan apabila anda keluar dari bilik air. Perubahan suhu ini akan menyebabkan anda mudah berasa mengantuk dan cepat tidur. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur, cubalah untuk mandi air panas.

2. Hilangkan Tekanan/Stress

Ketika hendak mandi air panas, anda dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa atau terburu-buru. Luangkan masa dan nikmatilah setiap saat anda semasa berendam dan berehat dalam tab air panas atau dibawah pancuran air panas. Dengan cara ini, anda sedikit sebanyak dapat merasaikan ketenangan diri sendiri sekaligus menghilangkan tekanan yang dialami sepanjang hari. Paling menarik, mandian air panas juga sangat sesuai buat anda yang seharian melakukan aktiviti yang memenatkan tubuh badan.

3. Melegakan Otot Tubuh

Tahukah anda, mandian air panas dapat mengembalikan kelegaan pada otot-otot di tubuh daripada tegang atau kaku akibat aktiviti harian anda. Meskipun terasa sedikit panas pada mulanya namun otot anda menjadi lebih rileks dan santai selepas tubuh menyesuaikan diri dengan suhu berkenaan. Tidak hairanlah, sekiranya anda kembali bertenaga dan selesa setelah mandi mandian air panas.

4. Melancarkan Peredaran Darah

Kalau anda nak tahu, mandian air panas juga bermanfaat dalan melancarkan peredaran darah. Peredaran darah yang lancar membolehkan anda menjadi lebih sihat dan dijauhi masalah penyakit berbahaya.

Saat mandi mandian air panas, secara automatiknya jantung anda akan mendenyut dengan cepat kerana saluran darah membesar dan aliran darah menjadi laju. Dengan kaedah ini, bekalan darah dari jantung dapat mengalir ke seluruh tubuh anda anda tanpa sebarang masalah.

azlan-150x150 Mandi Dengan Air Panas, Rupa-Rupanya Banyak Manfaatnya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #air panas semulajadi #amalan mandi air panas #apa terjadi kalau mandi air panas #cara hilang stress #hot spring water #kebaikan mandi air panas #Kebaikan Mandian Air Panas #kelebihan mandi air panas #kenapa perlu mandi air panas #kesan mandi air panas #mandi #mandi air hangat #Mandi Air Panas Vs. Air Sejuk #Manfaat Mandi Air Panas #manfaat mandian air panas #Manfaat Tersembunyi Mandian Air Panas #tab mandian air panas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Mandi Dengan Air Panas, Rupa-Rupanya Banyak Manfaatnya!"