Mungkin pada zaman dahulu, makan makanan yang pelik atau lebih dikenali sebagai hidangan eksotik sudah menjadi kebiasaan kerana dipercayai memiliki pelbagai khasiat tersendiri.
Selain itu juga, makan makanan yang pelik ini juga dipengaruhi oleh budaya dan amalan masyarakat zaman dahulu yang pada lazimnya kegiatan utama mereka adalah memburu dan mengutip hasil hutan.
Walaubagaimanapun, tidak semua masyarakat pada zaman serba moden ini boleh menerima makanan atau hidangan eksotik ini kerana ia mungkin menyebabkan mereka berasa loya. Ditambah lagi makanan eksotik ini kebanyakkannya adalah haram dimakan oleh orang beragama Islam.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa seseorang yang gemar menikmati makanan seumpama itu boleh dikatakan mempunyai selera yang bagus malah memiliki sistem penghadaman yang baik.
Pada masa yang sama, pelbagai alasan dan faktor yang mendorong penggemar-penggemar makanan eksotik ini untuk menikmati hidangan tersebut termasuk mempercayai ia boleh mencegah penyakit atau meningkatkan tahap kesihatan. Mereka juga berpendapat makanan eksotik baik untuk kesihatan serta mengubati penyakit seperti asma, kudis, pelancaran darah, lemah tenaga batin serta memanjangkan usia dan sebagainya.
Lazimnya makanan eksotik ini kebanyakkannya boleh didapati di negara Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, Loas dan Negara China
Gambar menarik makanan eksotik
Tags: #apakah makanan eksotik #faktor memakan makanan eksotik #gambar makanan eksotik paling seram #kenapa makan makanan eksotik #khasiat makanan eksotik #koleksi makanan eksotik paling loya dilihat #makanan eksotik di asia #makanan eksotik dijual di negara asia #makanan eksotik haram bagi orang islam #makanan eksotik negara asia #makanan eksotik paling jijik #makanan jalanan di asia #senarai makanan eksotik masyarakat asia