Makanan Dilarang Semasa Berpantang, Para Ibu Patut Tahu!

Makanan Dalam Pantang Ibu Bersalin

Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan para ibu terus kekal sihat selepas bersalin.

Berikut merupakan senarai makanan yang sesuai diambil dan tidak boleh diambil oleh para ibu semasa berpantang.

  • Ayam dan Daging

Boleh dimakan :

Ayam biasa, burung Puyuh, burung Merpati, ayam Hitam, ayam Didik, ayam Selasih, ayam Kampung, daging Batang Pinang (daging kurang lemak), daging kambing (ambil dalam kuantiti sedikit sahaja)

Ayam hitam, ayam Didik atau ayam Selasih digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Kemudian dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Tidak boleh dimakan : 

Bahagian yang daging berlemak.

  • Ikan

Boleh dimakan :

Ikan Merah, Tenggiri, Haruan (untuk mnyembuh luka), Yu (untuk banyakkan susu ibu), Jenahak, Selar Kuning, Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod, Bawal Putih, Senangin, Gelama, Bilis, Salmon, Selar.

Tidak boleh dimakan : 

Ikan -ikan yang berbisa seperti ikan bawal hitam, ikan terubuk, ikan duri, ikan pari, ikan sembilang, keli (menyebabkan kesakitan yang berbisa/bentan pintu rahim),

Ikan kembung , sembilang , tamban, cencaru, tongkol, parang , udang, sotong, kerang (kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan)

Ikan Kering, Ikan Masin (tidak digalakkan kerana menyebabkan nifas berbau)

  • Ulam-ulaman

Boleh dimakan :

Ulam-ulam pegaga (berkhasiat untuk merawat vagina)

Lemuni, pucuk mengkudu, ulam raja, Daun atau ubi cekur, Serai, lengkuas bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum, halia, daun kari, cili merah, bebawang (merah, putih ,besar), White radish masak bening (bawang putih, merah, halia, serbuk black pepper, ikan bilis).

Jantung pisang membanyakkan susu ibu manakala ulam kunyit dapat mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun bebuas, daun ruku.

  • Sayur-sayuran

Boleh dimakan :

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu, Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Ubi Kentang, Peria, Sawi, Lobak Merah, Lobak Putih, Brokoli, Bayam, Kuaci Labu /kuaci bunga matahari.

Tidak boleh dimakan : 

Sayuran yang menjalar/sejuk/berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, sayur atau daun keti (bunga putih)

Kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, jeruk maman, petai, jering serta terung (kembung dan sakit-sakit badan) 

Tomato, Kubis, Seledri, Rebung, Jeruk Maman, Cili padi/cili hidup/mentah (untuk dijadikan pes masakan sedikit, tiada masalah), Asam keping.

  • Buah-buahan

Boleh dimakan :

Buah Anggur, Kurma, Oren, Epal Merah, Strawberi, Peach, Prune, Kismis, Longan Cina, Blueberry, Walnut.

Tidak boleh dimakan : 

Nenas, Limau, Buah Lai, Tembikai Susu, Tembikai Merah, Tembikai Cina, Kiwi, Epal Hijau, Buah Pear, Pisang, Jambu, Belimbing, Durian Belanda, Mangga, Betik, Ciku, Langsat, Nangka, Cempedak, Pisang Masak Hijau, Pisang Nangka, Pisang Embun, Pisang Udang, Ubi Kayu, Ubi Keladi, Sengkuang, Manggis, Macang, Kuinin, Binjai.

  • Air dan Minuman

Boleh diminum :

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga boleh membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air bancuhan madu memanaskan badan.

Air kopi membantu meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan tenaga. Disarankan mengambil hanya secawan kecil kopi panas sehari.

Minuman berkhasiat iaitu susu, susu kacang soya, horlicks, milo dan air akar herba.

Tidak boleh diminum : 

Minuman sejuk bergas dan tajam, air tebu, air cincau, air kelapa muda, air ais, air sejuk, air bergas, air jus buah-buahan yang dilarang, cuka dan cuka buah.

  • Lain-lain Makanan

Boleh dimakan :

Jus epal, blackcurrant (Ribena) buah peach dan sirap.

Gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah.

Nasi panas sederhana lembu, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.

Makanan bijirin iaitu gandum, oats, empingan jagung (corn flakes ), bran, muesli, beras merah perang, kismis kuning dan hitam, kekacang badam , walnut, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal/ wholegrains.

Makan vitamin/supplement untuk tambah tenaga dan kesihatan badan: iberet, fish oil, calcium, vitamin C, madu, cuka epal, air delima, kurma.

Pelbagai jenis biskut yang sesuai.

Masakan panggang, masakan rebus, masakan kukus, masakan bakar dan masakan salai.

Tidak boleh dimakan : 

Tempe, burger, nugget, sosej, bihun, mee, kuey teow, laksa.

Semua jenis ubi, semua jenis makanan laut, masakan berminyak.

Loading...

Tags: #berpantang selepas melahirkan anak #makanan dilarang ketika berpantang #makanan ketika berpantang #makanan selepas bersalin #makanan semasa berpantang #makanan yang baik semasa berpantang #pantang larang makan selepas bersalin #pantang selepas bersalin

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.