Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom

Nisdawati Nazaruddin Makan Char Kuey Teow Pondok Kebaboom Kb Kelantan

Jika berkunjung ke Kota Bharu, tidak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba masakan char kuey teow ini. Walaupun pada asasnya char kuew teow lebih biasa ditemui di Pulau Pinang, namun kini menu masakan panas ini boleh anda nikmati di Kota Bharu.

Secara amnya, masakan char kuey teow adalah masakan berasal daripada masyarakat Cina. Kini, char kuey teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura.

Ia diperbuat daripada kuey teow leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.

Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.

Kebanyakan olahan masakan ini menampilkan dua bahan utama sebagai penambah rasa char kuey teow iaitu udang dan kerang. Tanpa dua bahan mentah ini mustahil masakan ini dapat disajikan dengan sempurna.

Sejarah Awal Char Kuey Teow

Pada awal masakan ini dipekenalkan, ia dimasak menggunakan lemak babi yang memberikannya rasa tersendiri. Kini kebanyakan masakan ini telah dimasak menggunakan minyak biasa. Perbandingan antara kuey teow goreng dan char kuey teow adalah char kuey toew agak berkuah.

Makanan seperti Char kway teow mempunyai reputasi tidak menyihatkan akibat kandungan lemak dalam makanan. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah kepada pekerja buruh.

Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikan masakan ini popular di kalangan pekerja buruh sebagai sumber makanan murah, sumber tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kuey teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Char Kuey Teow Restoran Pondok Kebaboom

Menu masakan char kuey teow yang diusahakan oleh Kamarulzaman Hussin, 36 atau panggilan mesra abang Kamal Pondok Kebaboom ini telah beroperasi lebih 2 tahun.

Perniagaan masakan panas ini dimulakan oleh beliau sekeluarga secara bergerak di dalam kampus USM, Kubang Kerian. Berkat kegigihan dan kecekalan, akhirnya beliau kini telah berjaya membuka 3 cawangan dibawah nama Pondok Kebaboom.

Antara cawangannya ialah di kampus USM Kubang Kerian, Uptown Pasir Tumbuh dan Medan Selera Pasir Tumbuh. Kini beliau juga merancang akan membuka lagi cawangan baru pada tahun hadapan. Pada masa ini, beliau menggunakan khidmat lapan orang pekerja bagi memastikan segala urusan kedai berjalan lancar.

Masakan char kuey teow milik beliau ini adalah antara masakan char kuey teow terbaik di Kelantan. Waktu urusniaga adalah di antara jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam (setiap hari). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu RM5 (biasa) dan RM9 (special). Cara terbaik menikmati masakan char kuey teow ialah terus sahaja dimakan sejurus selesai dimasak.

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi nombor telefon 011-15066940 atau 016-9219349

Laman sosial :

owner-pondok-kebaboom-char-kuey-teow-300x300 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboomchar-kuey-teow-pondok-kebaboom-300x300 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboomkota-bharu-char-kuey-teow-pondok-kebaboom-300x300 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboommasakan-panas-char-kuey-teow-pondok-kebaboom-300x300 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboommenu-char-kuey-teow-pondok-kebaboom-300x300 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok KebaboomNisdawati-Nazaruddin-makan-char-kuey-teow-pondok-kebaboom-kelantan-e1505028981820-300x300 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom

logo-150x150 Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom

Loading...

Tags: #char kuey teow #char kuey teow paling sedap kota bharu #char kuey teow pasit tumbuh #Char Kuey Teow Pondok Kebaboom #kamal char kuey teow #lepak malam kota bharu #Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu #makan malam kota bharu #makanan sedap kota bharu #pondok kebabom #resepi char kuey teow kota bharu #tempat makan kota bharu

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom"