Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat. Ia terletak di Utara Negeri Kelantan dan bersempadan dengan Negara Thailand iaitu Tak Bai, Narathiwat.
‘Pengkalan’ bermaksud tempat kapal, sampan, bot, feri atau tongkang berlabuh untuk tujuan memunggah barang dan penumpang. Manakala ‘Kubor’ pula ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita daripada penduduk setempat, Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu pada suatu ketika dahulu. Oleh sebab itulah kawasan ini dinamakan kampung Pengkalan Kubor.
Pengkalan Kubor sangat terkenal dengan kawasan bebas cukai yang menempatkan banyak barangan jualan daripada Negara Thailand.
Jika anda berkunjung ke Pengkalan Kubor dan tercari-cari tempat makan tengahari yang sedap, anda boleh berkunjung ke sebuah kedai makan yang menyajikan makanan makan tengahari yang sangat sedap di sini. Kedai ini dikenali oleh masyarakat sekitar sebagai Kedai Makan Kak Lah. Lokasinya terletak ditepi jalan utama dan mengadap Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (1).
Antara juadah makanan tengahari paling popular di sini ialah Gulai Lemak Cili Api Kepala Ikan Merah.
Disamping itu juga, kedai makan ini turut menyediakan pelbagai pilihan lauk seperti ayam goreng berempah, ikan keli berempah, paru goreng, ikan gelama kering goreng, udang masak merah, daging kerutuk, sotong masak kunyit dan banyak lagi. Waktu perniagaan kedai makan ini ialah bermula pada jam 9.00 pagi hingga lewat petang setiap hari.
Oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang merasai kenikmatan masakan di kedai ini, ia pasti tidak akan mengecewakan anda sekeluarga.
Tags: #kedai kak lah pengkalan kubor #kedai kaklah #lokasi makan sedap di pengkalan kubor #Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor #makan best di pengkalan kubor #makan tengahari best pengkalan kubor #masak lemak cili api ikan merah sedap #pangkalan kubur #tempat makan best di kelantan #tempat makan best sebelah duty free pengkalan kubor #tempat makan sedap di tumpat