Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Pulau Paling Unik Di Dunia

Sesekali dapat bercuti ke pulau pasti menyeronokkan. Selain dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja, inilah masa yang sesuai untuk tenang, berehat dan menikmati keindahan pulau pilihan anda.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat banyak pulau di dunia ini mempunyai bentuk yang unik, pelik dan tersendiri apabila dilihat daripada pandangan atas udara.

Dengan keunikan itu, pulau-pulau ini semakin dikenali dan dilawati para pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Berikut, penulis senaraikan 5 pulau yang memiliki bentuk unik dan menakjubkan di dunia. Take a look!

1. Pulau Senyum

pulau-senyum Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Ketiga-tiga pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug yang terletak di Pantai Barat Sabah ini sangat terkenal dan disebut sebagai ‘Pulau Senyum’ kerana menyerupai emoticon smile jika dilihat dari atas udara. Diiktiraf sebagai Taman Negara Tunku Abdul Rahman, pulau-pulau ini seolah-olah menjadi simbol selamat datang kepada sesiapa sahaja yang melawat Malaysia.

2. Pulau Lumba-Lumba

Pulau-Lumba-Lumba Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Terletak di pantai utara Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, terdapat sebuah pulau yang mempunyai terumbu karang unik dan berbentuk seperti ikan lumba-lumba. Jika terbang dari bandar nelayannya iaitu Labuan Bajo, anda boleh melihat dengan jelas bentuk pulau cantik ini seperti ikan lumba-lumba yang sedang berenang dan muncul di permukaan laut.

3. Pulau Kuda Laut

Pulau-kuda-laut Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Pulau yang menyerupai kuda laut dengan ekor berputar ini dikenali sebagai Pulau Isabela yang terletak di Galapagos, Ecuador. Pulau seluas 4,640 kilometer persegi dan panjang 100 kilometer dinamakan sempena Ratu Isabela dari Sepanyol. Malah, pulau ini juga terkenal dengan populasi kura-kura liarnya yang banyak berbanding di pulau-pulau di Galapagos yang lain.

4. Pulau Boomerang

Pulau-Boomerang Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Jika anda pernah terbang dari Kuala Lumpur ke Manila, Filipina atau disebaliknya, mungkin terbiasa melihat satu pulau unik ini. Jika dilihat dari pandangan atas udara, Pulau Bansaan yang terletak di Laut Camotes ini mempunyai bentuk seperti boomerang iaitu sejenis senjata khas Suku Aborigin dari Australia. Pulau yang termasuk di Kepulauan Spratly ini pernah dipertikaikan hak milik oleh Filipina, Malaysia dan Vietnam satu masa dahulu.

5. Pulau Snoopy

Pulau-Snoopy Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Tahukah anda, terdapat satu pulau bernama Pulau Nishinoshima di Jepun sangat mirip dengan kartun anjing popular, Snoopy. Terletak di sebelah selatan Tokyo, pulau unik dan cantik ini terbentuk akibat letusan gunung berapi. Paling menarik, diantara dua bentuk pulau yang membentuk kepala dan badan Snoopy terdapat kolam laut merah seolah-olah seperti rantai leher yang dipakai kartun tersebut.

azlan-150x150 Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bentuk Pulau Paling Unik Di Dunia #Pulau Boomerang #Pulau Kuda Laut #Pulau Lumba-Lumba #Pulau Paling Unik Di Dunia #Pulau Senyum #Pulau Snoopy #Pulau Unik Yang Perlu Anda Kunjungi

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Comments are closed.