Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Tempat Menarik Singapore

Selain Thailand dan Indonesia, negara Singapura turut menjadi lokasi percutian pilihan masyarakat dunia termasuklah rakyat Malaysia sendiri.

Bukan sahaja kaya dengan seni budayanya, Kota Singa ini juga memiliki destinasi-destinasi yang popular dan menarik.

Mulai orang biasa, golongan selebriti hingga pemimpin dunia tidak melepaskan peluang untuk berlibur di Temasik bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai masing-masing.

Untuk kali ini, penulis kongsikan 5 lokasi wajib anda singgah jika bercuti ke Singapura. Here they are!

1. Marina Bay Sands Sky Park

Marina-Bay-Sands-Sky-Park Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Percutian anda tidak bermakna jika tidak singgah ke Marina Bay Sands Sky Park di Singapura. Bangunan ini seringkali menjadi latar belakang para pelancong tempatan atau luar negara ketika merakamkan gambar kenangan.

Dibuka pada 2010, Marina Bay Sands Sky Park ini merupakan salah satu ikon pelancongan popular di negara republik berkenaan. Bangunan ini agak unik kerana terdiri daripada tiga bangunan yang bergabung dan terdapat sebuah kapal dibahagian atasnya.

Di dalam bangunan ini pula terdiri daripada bilik hotel mewah, kasino, restoran, pusat membeli-belah dan taman. Malah, terdapat sebuah kolam renang dibahagian atas bangunan ini yang tersenarai sebagai kolam renang terpanjang di dunia.

Tidak hanya menikmati keindahan panaroma sekitar Singapura, anda juga boleh melihat pemandangan Malaysia dan Indonesia dari bangunan setinggi 200 meter tersebut.

2. Universal Studios Singapore

Universal-Studios-Singapore Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Buat yang sukakan aktiviti mencabar, menyeronokan dan bertemakan Hollywood, maka Universal Studios Singapore adalah tempat terbaik yang boleh anda cuba.

Di sini, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang bukan sahaja dimain kanak-kanak malah disertai oleh remaja dan orang dewasa. Antara aktiviti-aktiviti popular adalah sesi Meet & Greet dengan Autobots, perlawanan Tranformers The Ride: The Ultimate 3D Battle dan menaiki roller coaster Battlestar Galactica: Human Vs Cylon.

Jika ke Singapura, jangan lepaskan peluang ke Universal Studios Singapore untuk merasai sendiri keseronokan di taman tema ini.

3. S.E.A Aquarium

S.E.A-Aquarium-singapore Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Jika di negara kita terdapatnya Aquria KLCC, di Singapura pula ada S.E.A Aquarium. Akuarium yang terletak di Pulau Sentosa ini adalah salah satu daya tarikan popular dimana menawarkan pemandangan bawah laut yang unik dan menakjubkan.

Menerusi akuarium terbesar di Asia Tenggara ini, anda boleh menelusuri dunia bawah air sambil mempelajari tentang kehidupan laut yang boleh dijadikan sebagai ilmu pengetahuan buat kita semua.

Menerokai terowong habitat Shark Seas dan Shipwreck akan memberikan pengalaman luar biasa seolah-olah menjelajah perut laut bertemankan pelbagai spesis ikan yang berenang disekeliling anda.

Dengan pemandangan beratus-ratus fauna lautan yang berenang bebas di kolam gergasi Open Ocean Habitat, S.E.A Aquarium sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan tanpa mengira peringkat umur mulai lawatan keluarga, pasangan kekasih atau trip solo.

4. Garden By The Bay

Garden-By-The-Bay-singapore Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Di samping Marina Bay Sands Sky, Universe Studios Singapore dan S.E.A Aquarium, satu lagi hotspot kegemaran para pelancong di Singapura adalah Garden By The Bay. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit dari Marina Bay.

Dengan kawasan seluas 101 hektar, ruangan terbuka hijau ini dibahagikan kepada 10 taman termasuklah Flower Dome, Cloud Forest, Bay East, Dragonfly & Kingfisher Lakes, Heritage Gardens dan World Of Plants. Untuk rekod, Garden By The Bay adalah salah satu taman hijau yang terbaik dibina di dunia.

5. Bugis Street

Bugis-Street-singapore Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Sebelum pulang ke Malaysia, anda wajib singgah ke Bugis Street jika mahu membeli buah tangan atau ole-ole dari Kota Singa ini. Jangan khuwatir, tempat ini sangat dikenali sebagai lokasi membeli-belah paling murah di Singapura.

Terletak di antara Queen Street, Victoria dan Rachor, anda boleh menemui pelbagai barangan atau cenderamata di Bugis Street ini seperti keychain, fridge magnet, baju T-shirt, makanan dan lain-lain lagi.

azlan-150x150 Lima Lokasi Wajib Anda Singgah Jika Bercuti Di Singapura!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bercuti Di Singapura #Destinasi Pelancongan Popular Singapura #Destinasi Wisata di Singapura yang Bisa Kamu Nikmati #Lokasi Bercuti Di Singapura #Lokasi Wajib Singgah Di Singapura #singapore flyer #singapura tempat menarik #tempat belanja murah di singapura #tempat menarik singapore #tempat menarik singapura #tempat wisata di singapore 2017 #tempat wisata di singapore yang murah #Tempat Wisata di Singapura yang Paling Menarik #tempat wisata di singapura yang terkenal #tempat wisata singapura gratis #wisata singapura backpacker

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Comments are closed.