Mula-mula kenalpasti makanan utama burung yang telah anda dapati dari alam liar samada pemakan serangga atau pemakan buah.
Langkah Pada Hari Pertama Burung Ditangkap
Bagi makanan asali burung tersebut. Dan tutup dengan kerudung atau diamkan di dalam bilik sunyi. Pastikan diletakkan air dan makanan di dalam sangkar tadi.
Pada sebelah malam lihat makanan tersebut samada telah dijamah ataupun tidak. Jika dijamah oleh burung, pergi ke langkah kedua. Jika tidak, kenalpasti betul-betul makanan yang anda berikan. Mungkin bukan makanan asal burung tersebut. Jika tidak berhasil juga pada hari kedua, saya cadangkan anda HARUS melepaskan kembali burung tersebut ke alam liar! Kerana pada hari ketiga burung tersebut akan mati.
Langkah Pada Hari Kedua Burung Ditangkap
A) Jika pemakan serangga atau ulat (Sirtu, Cak Lilin, Prenjak, Ciblek, Murai dll) :
Guna ulat hongkong/cengkerik yang boleh didapati dikedai haiwan berdekatan anda. Potong kecil-kecil ulat tersebut dengan menggunakan gunting dan gaulkan dengan dedak halus. Anda boleh gunakan dedak D.O.K atau O.K.U. Beri burung tersebut makanan dan diamkan seperti hati pertama.
B) Jika pemakan buah (Merbah, Kolibri Kelapa dll.):
Guna buah betik yang dihiris dengan meaburkan dedak diatasnya. Anda boleh juga menggunakan pisang. Gaulkan bersama dedak tadi. Saya lebih suka menggunakan dedak jenis O.K.U atau D.O.K sebagai adunan. Berikan burung makan dan diamkan seperti hari pertama.
Langkah A atau B berteruskan selama 5 – 7 hari sehingga anda menggunakan 100% dedak sebagai makanannya. Harus diingatkan bahawa, jangan menukar jenis dedak yang diberi sesuka hati kerana boleh menyebabkan burung anda tidak akan makan.
Semoga bermanfaat!
Tags: #Ajar Burung Liar Makan Dedak #Ajar Burung Liar Makan voer #ajar burung makan voer #cara melatih burung cepat dapat makan voer