Jika anda penonton setia drama bersiri Pingan Tak Retak Nasi Tak Dingin di TV3, pastinya mengetahui lagu runut bunyi (OST) drama lakonan Raysha Rizriose, Azrel Ismail dan Idris Khan ini.
Lagu berjudul Separuh Mati Ku Bercinta ini dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara, Dayang Nurfaizah manakala liriknya pula dicipta oleh komposer terkenal tanah air iaitu Ajai.
Ini merupakan kerjasama kali kedua antara Dayang dan Ajai selepas 16 tahun kejayaan luar biasa Seandainya Masih Ada Cinta di arena seni hiburan Malaysia.
Lagu melankolik ini merupakan antara 10 buah lagu dalam album baharu Dayang yang diterbitkan pada April 2017 lalu.
Sehingga artikel ini ditulis, video liriknya telah ditonton lebih 700,000 tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada 17 April 2017.
Lagu ini dikatakan bakal menjadi hits dan mencipta fenomena tersendiri seperti Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung.
Untuk rekod, anak jati Kuching, Sarawak ini telah menceburi bidang seni suara selama lebih 20 tahun.
Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah
Kesepian Hening malam
Bawah Sang bulan menemani
Kekosongan IniKu Dengar kau bahagia
Menitis Air mataku
Ku KesedihanKau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimuDi mana perginya setia
Kemana Hilang katamu
Akulah Yang dinamakan kekasih
Hatimu Untuk selamanyaDi Mana saat indah
Ke Mana perginya semua
Kala Ku lafazkan kata cintaku
Separuh Mati ku bercintaTiada Lagi suaramu
Tiada Lagi kau memelukku
Hilang Semua manisnya cinta
Kau Telah pergi tanpa cinta
Yang Sebenarnya ada bersamaku
Ku Simpan hanya untuk dirimuDi Mana perginya setia
Kemana Hilang katamu
Akulah Yang dinamakan kekasih
Hatimu Untuk selamanyaDi Mana saat indah
Ke Mana perginya semua
Kala Ku lafazkan kata cintaku
Separuh Mati ku bercintaKala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta
Tags: #Dayang Nurfaizah #Lagu Baharu Dayang Nurfaizah #Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta #Separuh Mati Ku Bercinta Dayang Nurfaizah