Kucing In Heat, Tanda Kucing Anda Bersedia Mengawan

Kucing In Heat, Tanda Kucing Anda Bersedia Mengawan

Apakah tanda kucing anda dalam keadaan subur atau in heat?

  • Kucing akan mengalami peringkat subur atau in heat apabila berat badan kucing betina telah mencapai 80% daripada berat asalnya.
  • Badan kucing akan dilihat agak gebu dan sihat.
  • Kucing betina akan mula mengalami kematangan pada usia seawal 6 bulan atau berumur 8 hingga 12 bulan (bergantung kepada jenis baka)
  • Kebiasaannya baka kucing DSH (Kucing Domestic Short Hair) adalah baka yang mempunyai peratusan paling tinggi atau cepat mengalami in heat.

Apakah tanda-tanda kucing bersedia untuk mengawan?

Apabila kucing anda bersedia untuk mengawan, terdapat perubahan ketara dalam tingkah laku kucing berkenaan, ia sering kali “mengeow” memanggil pasangannya, kucing anda juga akan menjadi sangat manja berlebihan dengan tuannya, serta kurang selera makan.

Jika anda telah pasti bahawa kucing anda sedang melalui fasa in heat dan proses mengawan (matting) telah berlaku, kucing anda akan mengalami fasa “quiet” yang mana, kucing anda akan kelihatan lebih tenang daripada biasa.

Fasa ini biasanya berlaku untuk tempoh 8 hingga 10 hari. Pada waktu ini kebarangkalian kucing anda sedang hamil adalah tinggi. Anda boleh mula memerhatikan tanda-tanda kehamilan pada kucing anda jika mengalami keadaan demikian.

Jika kucing anda tidak berjaya hamil selepas tempoh “quiet” berakhir, kucing anda akan mula in heat sekali lagi. Pada kebiasaannya, kitaran in heat akan berlaku sekali lagi dalam tempoh 3 minggu hingga 1 bulan. Kadar kitaran in heat kucing ada kalanya cepat dan ada kalanya lambat bergantung kepada jenis baka.

logo-150x150 Kucing In Heat, Tanda Kucing Anda Bersedia Mengawan

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Kucing In Heat, Tanda Kucing Anda Bersedia Mengawan

Loading...

Tags: #bila tempoh kucing subur #in heat #keadaan kucing subur #kucing in heat #kucing mengawan #kucing sedang bunting #kucing sedia mengawan #kucing subur #proses mengawan berjaya #tanda kucing sedia mengawan

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Leave a reply "Kucing In Heat, Tanda Kucing Anda Bersedia Mengawan"