Khasiat Luar Biasa Chia Seed, Tak Sangka Banyak Sungguh Manfaatnya!

Khasiat Luar Biasa Chia Seed

Tidak dinafikan, biji chia seed sangat berguna dan bermanfaat kepada kita terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan diri.

Berasal dari Amerika Selatan dan Mexico, biji-bijian kecil berwarna kelabu kehitaman ini telah dipraktis sejak berabab lamanya.

Di Malaysia, chia seed boleh dibeli di pasaraya atau toko-toko jamu berhampiran anda.

Kebiasaannya, biji ini digunakan sebagai taburan di atas yogurt, sereal, sos, nasi atau beberapa jenis minuman mengikut keperluan diri masing-masing.

Untuk kali ini, penulis kongsikan kepada anda tentang 5 manfaat luar biasa chia seed buat kita semua. Check it out!

1. Membantu Menurun Berat Badan

Berita baik buat yang sedang menjalani diet, biji Chia Seed mampu membantu anda menurunkan berat badan. Lazimnya, biji ‘ajaib’ yang kaya dengan serat dan protein ini digunakan dalam makanan dan minuman seharian.

Menurut kajian yang diterbit menerusi International Journal of Food Science 2014, menyatakan bahawa kandungan serat di dalam biji ini mampu menyerap sejumlah air dan dapat berkembang di dalam perut sehingga membuat seseorang merasa kenyang lebih lama.

Malah, biji chia seed ini juga berperanan dalam memperlambatkan proses penyerapan makanan. Di samping itu, kandungan protein dalam chia seed sangat bermanfaat untuk mengawal nafsu makan agar tidak berlebihan.

2. Sangat Baik Untuk Wanita Hamil

Kandungan nutrisi yang terkandung pada chia seed sangat bagus untuk wanita hamil. Percaya atau tidak, satu hidangan biji ini mengandungi sebanyak 15% daripada keperluan protein harian dan satu per tiga keperluan serat buat ibu mengandung.

Menerusi portal Newhealthadvisor.com, menjelaskan bahawa memakan biji chia seed semasa kehamilan boleh memberi manfaat kepada perkembangan bayi dan kesihatan buat ibu hamil sendiri.

Mengamalkan biji chia seed sepanjang proses kehamilan bukan sahaja memberikan banyak energi kepada wanita mengandung bahkan mencegah masalah diabetes dan kenaikan berat badan yang berlebihan.

3. Menjaga Kesihatan Tulang & Gigi

Untuk info, kadar kandungan kalsium yang terdapat pada chia seed lebih tinggi berbanding susu skim.

Rutin mengkonsumsi biji chia sangat bermanfaat untuk mengatasi masalah kekurangan asupan kalsium pada tubuh lebih-lebih lagi dalam menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

Anda juga disyorkan memakan biji chia seed untuk membantu penyakit osteoporosis yang banyak menyerang saat seseorang meningkat usianya.

4. Membantu Merawat Masalah Kulit Berjerawat

Tahukah anda, kandungan zink dalam biji chia seed sangat baik untuk merawat masalah kulit wajah seperti jerawat dan memiliki fungsi sebagai anti-penuaan.

Selain zink, khasiat omega-3 pada chia seed mampu melembapkan wajah, mencegah berlakunya iritasi kulit dan membantu proses penyembuhan luka bekas jerawat.

5. Menurunkan Kolestrol & Mencegah Penyakit Jantung

Dari laman Medicalnewstoday.com, menjelaskan bahawa peningkatan pengambilan serat dari chia seed terbukti dapat menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah buat penghidap penyakit jantung.

Di samping itu, manfaat omega 3 sangat bagus untuk mencegah keradangan sekaligus melindungi kesihatan jantung anda. Masalah keradangan ini mendatangkan akibat berlakunya ketegangan pada pembuluh darah yang membolehkan anda diserang penyakit jantung berbahaya.

azlan-150x150 Khasiat Luar Biasa Chia Seed, Tak Sangka Banyak Sungguh Manfaatnya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #chia seed #kandungan chia seed #Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan #Kegunaan Chia Seed #kelebihan chia seed #Khasiat Luar Biasa Chia Seed #Manfaat Chia Seed

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.