Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea selalunya digunakan sebagai pewarna semula jadi dalam pelbagai makanan seperti nasi kerabu, kuih, puding dan banyak lagi. Tanaman yang memiliki warna biru terang ini sebenarnya juga memiliki banyak manfaat dan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Berbagai-bagai manfaat telah tersedia dalam bunga ini yang tentunya bermanfaat sekali bagi kesihatan anda.
Bunga ini menganduingi flavonoid, fenol, alkaloid, saponin, sulfur, co-oksalat, triglucoside dan juga kandungan lainnya. Tentu dengan banyaknya kandungan tersebut, bunga ini memiliki banyak manfaat.
Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Diri
Berikut adalah khasiat bunga telang untuk kesihatan.
- Mengubati bisul
Salah satu cara semula jadi untuk mengubati bisul dapat dilakukan menggunakan bunga telang yang ditumbuk dengan gula jawa. Kemudian setelah itu, anda boleh sapukan ramuan ini pada tubuh anda yang telah terkena bisul.
- Mengubati sakit kepala
Khasiat bunga telang yang kedua ialah membantu anda dalam mengubati sakit kepala. Berbicara tentang sakit kepala, pasti sakit kepala ini merupakan salah satu perkara yang sangat mengganggu aktiviti harian kita. Salah satu cara untuk mengubati sakit kepala ini adalah dengan mengoleskan beberapa perahan dari bunga ini yang dicampurkan dengan sedikit garam pada telinga.
- Membantu mencuci darah
Darah merupakan salah satu perkara yang telah menjadi penyebab pelbagai gangguan penyakit kulit, salah satunya adalah seperti bisul. Untuk mengatasi penyakit ini, kandungan dari bunga telang ini perlu untuk anda rebus dan diminum secara rutin. Ramuan ini sangatlah baik untuk membantu anda dalam mencuci darah.
- Mengubati gangguan pada penglihatan
Pengubatan secara tradisional seperti mengubati gangguan penglihatan menggunakan bunga ini merupakan salah satu perkara yang boleh anda amalkan. Ramuan dari bunga ini dipercayai mampu membuat mata kita menjadi lebih tajam. Bagi anda yang ingin memiliki penglihatan yang tajam dan cerah, anda boleh untuk meminum ramuan bunga ini.
- Sebagai detoksifikasi
Bunga ini juga bisa dijadikan sebagai minuman teh herbal yang sangat baik kerana mampu membantu menghilangkan semua racun yang ada di dalam tubuh dan membantu sistem pencernaan.
- Sebagai ubat batuk
Kandungan dari akar bunga telang ini berkhasiat untuk anda gunakan sebagai ubat tradisional bagi membantu anda dalam menyembuhkan batuk. Tentu, bagi anda yang ingin mengubati batuk, anda boleh mengambil akar bunga ini sebagai salah satu cara untuk mengubati batuk.
- Mengatasi stress
Bagi anda yang sedang mengalami stress kerana banyaknya aktiviti ataupun banyaknya pekerjaan yang anda lakukan, tentu perkara ini perlu untuk diatasi. Kandungan yang bersifat anti kemurungan yang telah ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan, senang dan damai yang kemudiannya mampu mengatasi stress.
- Meningkatkan kekuatan otak
Bunga ini juga memiliki kemampuan dalam meningkatkan memori dan membantu seseorang menjadi lebih intelektual. Bunga ini sering sekali dijadikan sebagai pengubatan yang memiliki hubungan dengan otak. Bukan hanya itu saja, bunga ini juga memiliki kesan positif pada saraf dan mampu memperkuat saraf dan meningkatkan fungsi otak.
- Mencegah penuaan kulit
Sebuah kajian yang dilakukan oleh National Center for Biotechnology Information menyatakan bahawa buah telang kaya akan antioksidan alami untuk memerangi radikal bebas. Kulit anda akan mudah rosak jika terdedah pada radikal bebas seperti sinar ultra ungu, radiasi, pencemaran ataupun nikotin. Anda boleh mengamalkan makan nasi yang ditanak dengan bunga telang seperti nasi kerabu ataupun meminum ramuan air bunga telang.
Khasiat-khasiat lain bunga telang kepada kesihatan
- Menyembuhkan mata merah dan iritasi
- Menguatkan rambut
- Menghitamkan rambut
- Melancarkan membuang air kecil
- Menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka
- Melancarkan haid
Tags: #bunga kembang telang #bunga telang #Clitoria Ternatea #kebaikan bunga telang #khasiat bunga telang khasiat bunga telang #khasiat bunga telang untuk kesihatan #khasiat bunga telang untuk kulit #khasiat bunga telang untuk menstruasi #khasiat bunga telang untuk sistem badan #khasiat bunga telang untuk tubuh #khasiat bunga telang untuk wanita #khasiat teh bunga telang #khasiat teh bunga telang untuk kesihatan #Khasiat-khasiat lain bunga telang kepada kesihatan #manfaat bunga telang #manfaat bunga telang bagi kesihatan mata #Melancarkan haid #Melancarkan membuang air kecil #Membantu mencuci darah #Mencegah penuaan kulit #mengatasi stress #Menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka #Menghitamkan rambut #Mengubati bisul #Mengubati gangguan pada penglihatan #Mengubati sakit kepala #Meningkatkan kekuatan otak #Sebagai detoksifikasi #Sebagai ubat batuk