Pengenalan
Sekali pandang, mungkin anda kurang mengenali pelakon berusia 30 tahun ini, Adeline Tsen. Seorang model dan pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang model dari Uzbekistan, Sherzod Yusuf. Namun, Adeline Tsen sebenarnya sudah banyak berlakon drama dan filem melayu, antaranya ialah Rindu Awak 200%, V3 dan Adnan Sempit.
Penglibatan Dalam Drama Melayu Bersiri
Adeline Tsen turut diberi peranan memegang watak jahat dalam drama bersiri di Astro berjudul “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” lakonan Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad. Bakat lakonan dan kepetahan Adeline Tsen bercakap bahasa Melayu tidak dapat dipertikaikan lagi.
Watak Adeline Tsen Dalam Drama Berjudul Rindu Awak 200%
Sinopsis drama – Armel Aisya gadis yang degil dan keras kepala belajar di Universiti Chicago Amerika membuat ibu dan ayahnya merancang untuk menjodohkan Armel dengan anak abang angatnya Iqbal. Ini membuatkan Armel marah pada Ibunya yang tak pernah mempedulikan perasaannya. Di Chicago Armel berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Raizil Dillen kerana perkenalan itu jugalah Armel berubah menjadi liar hingga perbuatannya terhidu oleh orang tuanya di malaysia. Kerana perbuatan itu Armel terpaksa menerima hukuman iaitu menerima lelaki yang bakal dijodohkan oleh ibu bapanya. Pada awalnya Raziqah dan Zahirin hanya sekadar menyuruh Armel anaknya berkenalan sahaja tetapi Raziqah, takut keadaan Armel akan menjadi lebih liar mereka bertindak untuk menjodohkannya.
Sebelum pulang ke Malaysia Armel kecewa dengan Raizil Dillen. Hubungan mereka putus ini kerana Raizil Dillen menganggap Armel bukan lah calon isteri yang sesuai. Armel merasa tertipu, empat tahun bersama lelaki itu tetapi lelaki itu tidak pernah menganggap Armel kekasih hatinya. Pulang ke malaysia Armel terus ditunangkan dan mereka tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Hingga lah suatu hari Zill Faezrul berjumpa sendiri dengan tunangnya. Armel meminta agar Zill memutuskan pertunangannya. Dan dalam berat hati Zill bersetuju. Pertemuan yang tidak disengajakan antara Armel dan Raizil bersama tunangnya merasa diri nya tercabar. Armel nekad untuk bersetuju berkahwin dengan Zill setelah Armel senditi meminta perhubungan mereka diputuskan. Armel ingin membuktikan yang dia bahagia disamping lelaki pilihan keluarga.
Zill yang pernah bertunang lima tahun dulu sukar melupakan kenangan lalu. Esyana meninggal dunia akibat kemalangan. sejak itu Zill tidak pernah mencari pengganti. Pada Zill, Armel adalah jodoh yang Allah berikan padanya. Tak sampai 24 jam majlis pernikahan Armel dan Zill, Armel menuntut cerai dari suaminya. Bermulalah perbalahan dan pentengkaran berlaku. Ini membuatkan Armel selalu rasa sakit hati pada Zill apabila Zill buat tak peduli.
Zill yang bertugas sebagai Pilot terpaksa meninggalkan Armel dalam beberapa hari demi tugasnya. Dalam tempoh itu orang tua Armel memerhatikan anaknya. Armel tidak pernah tahu apa kerja Zill sebenarnya atas permintaan Zill, Zill hanya di kenali sebagai juruteknik di KLIA. Zill mahu Armel menerima dirinya seadanya. Ketiadaan Zill juga membuatkan Armel menjadi tanda tanya. Bila ditanya kedua orang tuanya seakan merahsiakan sesuatu darinya.
Armel diterima kerja sebagai syarikat sahabat baik Zill tanpa pengetahuan Armel. Di situ Armel bertemu dengan Raizil. Raizil sekali lagi cuba menggoda Armel tetapi hatinya sudah beku dengan lelaki itu. Raizil selalu mengambil peluang untuk menambat hati Armel. Hingga satu hari Armel terjumpa Zill bersama kawan serumah Ezyana, Jaslieyatul di kedai alatan perkahwinan. Kerana salah faham itu Armel menerima semula Raizil dalam hidupnya. Tetapi Armel tidak tahu muslihat buruk Raizil. Raizil ingin bersama Armel kerana sekadar ingin membalas dendam. Sejak bersama Raizil perubahan Armel amat ketara.
Dengan pertolongan Daria sahabat Armel, Zill dapat menjejaki Armel. Armel juga terselamat dari perbuatan jahat Raizil. Armel rasa bersalah kerana terlalu mengikut kehendak hatinya. Disaat Armel menyesali perbuatannya ayah Zill meninggal dunia. Armel tak sempat untuk memohon ampun pada mertuanya.
Sejak itu Armel banyak berubah, Armel cuba mengenali suaminya siapa Zill Faerzul. Mereka berpindah rumah memulakan kehidupan yang baru. Armel memulakan kerja yang diminatinya fesyen selepas dipecat di syarikat sahabat baik Zill, Tuan Faris. Walaupun pernah dipanggil semula untuk berkerja, Armel mengambil keputusan untuk berkerja sendiri dan memperkembangkan minatnya di dalam dunia fesyen.
Kehadiran Watak Jahat Lakonan Adeline Tsen
Di saat mereka menyemai benih cinta, Irene rakan sekerja Zill yang terlalu obses mengejar cintanya. Ini membuatkan Zill rasa rimas. Zill yang tak pernah membalas cinta Irene membuatkan Irene semakin berani mengganggu Armel. Irene juga bertindak lebih ganas hingga Zill tertikam dalam satu pergaduhan. Tayangan drama selama 28 episod ini mempamerkan watak utama dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Manakala Adeline Tsen memegang watak Irene, seorang rakan sekerja Zill (Zul Ariffin) yang tiba-tiba hadir dalam perhubungan mereka. Irene sangat mahukan Zill dan ingin merampas Zill daripada Armel (Ayda Jebat) selaku isteri Zill.
Walaupun, kehadiran Adeline Tsen pada saat-saat terakhir drama bersiri tersebut, tetapi lakonan watak jahat tersebut menjadikan kisah cinta dalam drama ini lebih menarik.
Penglibatan Adeline Tsen Dalam Telefilem Musikal
Watak gadis melayu Islam yang dibawa dengan baik oleh Adeline Tsen dalam telefilem muzikal berjudul “Imam Kacak Pakwe Kami” menjadikan Adeline Tsen lebih menyerlah sehinggakan ramai penonton tidak menyangka bahawa Adeline Tsen sebenarnya adalah seorang gadis non-muslim. Bakat semulajadi pelakon non-muslim ini dilihat dapat memberikan perkembangan positif dalam menceriakan lagi dunia hiburan tanah air. Telefilem terbitan KRU ini dilakonkan oleh pelakon : Izzue Islam, Myo Oh Chentaku, Adeline Tsen dan Bella Rozaini.
Adeline Tsen Bergelar Penyanyi
Kini Adeline Tsen tampil dengan lagu single pertama berjudul “Nadiku”. Lagu ini merupakan karya Faizul Sany, pemenang Akademi Fantasia 2013 di bawah naungan Paranormal Records, Malaysia. Mari kenali Adeline Tsen melalui biodatanya;
Biodata Adeline Tsen
Nama Penuh : Adeline Anthony
Nama Popular : Adeline Tsen, Adlin
Umur : 30 tahun (2016)
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Agama : Kristian
Warganegara : Malaysia
Kerjaya : Pelakon, model dan penyanyi
Status : Belum berkahwin
Populariti : Watak dalam Rindu Awak 200%, Imam Kacak Pakwe Kami dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Drama : 3 Janda, 3 Serumah, Zaty & Si Mawas, Jangan Pandang Belakang 2, Adnan Semp-It Series, Hotel Mania (muzikal), Rindu Awak 200% Filem: V3, Adnan Semp-It, Senario Beach Boy, Senario Asam Garam, Kecoh Betul, Adik Manja Return, Klip 3GP, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Alamak Toyol
Telefilem : Imam Kacak Pakwe Kami (muzikal)
Lagu Single : Nadiku
Laman Sosial Adeline Tsen
- Akaun Instagram : https://www.instagram.com/adelinetsen
- Akaun Facebook : https://www.facebook.com/OfficialAdelineTsen
- Akaun Twitter : https://twitter.com/adeline_tsen86
Gambar Menarik Adeline Tsen
Tags: #adeline tsen 2016 #adeline tsen agama #adeline tsen easy listening #adeline tsen facebook #adeline tsen fashion show #adeline tsen instagram #adeline tsen wikipedia #bakat Adeline Tsen #biodata Adeline Tsen #drama Adeline Tsen #gambar Adeline Tsen pakai tudung #gambar seksi Adeline Tsen #koleksi gambar Adeline Tsen #lakonan Adeline Tsen #latarbelakang Adeline Tsen #pelakon Adeline Tsen #pelakon drama Adeline Tsen #pelakon non muslim Adeline Tsen #profil Adeline Tsen #sinopsis drama rindu awak 200% #telemovie muzikal imam kacak pakwe kami #tinggi adeline tsen #watak Adeline Tsen