Tips Mengetahui Tanda- tanda Kucing Yang Akan Melahirkan Anak
- Puting susu kucing akan mula membengkak dan bewarna kemerah-merahan selepas 15 hingga 18 hari kehamilan. Adakalanya ia akan mengeluarkan cecair seperti susu.
- Perubahan pada perut kucing akan berlaku. Bahagian bawah abdomen dan perut kucing akan melebar. Apabila tempoh kehamilan semakin lama, perut kucing anda akan kelihatan membesar dan lebih menonjol. Kebanyakan kucing betina akan menunjukkan perubahan pada perut pada penghujung kehamilan. Jika kucing anda jenis yang gemuk atau obese, pertambahan berat dan kegemukkannya akan nampak ketara pada semua bahagian badan, bukan sahaja pada bahagian abdomennya.
- Ibu kucing akan menunjukkan sikap seperti ingin mencari sarang atau kawasan sesuai, tersorok dan dijangkakan selamat beberapa hari sebelum melahirkan anak. Kebiasaannya lokasi menjadi tumpuan adalah seperti di almari baju, tempat susunan cadar, selimut, baju, tuala atau di sudut-sudut tertentu malah di dalam siling rumah jika mempunyai laluan masuk. Ini merupakan satu langkah sifat semulajadi kucing untuk memastikan keselamatannya.
Tags: #keadaan badan kucing hamil #kenapasti kucing nak beranak #kucing melahirkan anak #perilaku kucing ingin melahirkan anak #petanda awal kucing sedia beranak #petanda kucing nak deliver baby #tanda-tanda kucing nak beranak