Tanda barah payudara
- Pesakit menyedari kehadiran penyakit ini dengan berlaku ketulan ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting dan rasa sakit atau di sekitar payu dara.
- Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja.
- Lelehan yang keluar dari puting secara spontan tanpa sebarang rangsangan kadangkala mengandungi darah dan berair.
- Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
- Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran payu dara boleh terjadi akibat daripada ekzema.
Kanser payudara berlaku dalam beberapa peringkat seperti berikut :
Tahap 1
Ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada). Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm.
Tahap 4
Serangan barah akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Faktor utama kanser payudara
- Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
- Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
- Pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan sel kanser payudara.
- Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Panduan pemeriksaan sendiri payudara
Tags: #apakah tanda awal kanser payudara #cara mengesan kanser payudara #cara merawat kanser payudara #faktor kanser payudara #gambar kanser payudara peringkat awal #gambar kanser payudara tahap 4 #gambarajah pemeriksaan payudara #kanser payudara ketulan di ketiak #kanser payudara tahap 3 #ketulan di payudara #panduan pemeriksaan payudara #peringkat awal kanser payudara #sakit payudara sebelah kanan #simptom awal kanser payudara #tanda awal kanser payudara #teknik memeriksa payudara