Pengenalan Spesis Ikan Yu
Ikan Yu adalah sejenis ikan yang mempunyai kerangka tulang rawan yang lengkap dan tubuh yang ramping. Ikan Yu menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada jenis spesis) untuk bernafas. Kedudukan insang ikan ini berada pada bahagian sisi, atau di belakang kepalanya.
Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulitnya dari kecederaan, parasit, dan mengurangkan geseran di dalam air semasa berenang. Ikan Yu mempunyai beberapa deretan gigi yang dapat diganti. Berbeza dengan pandangan umum, ikan yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali apabila terasa terancam.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan ikan Yu ditangkap menggunakan peralatan komersil utama iaitu pukat tunda. Selain itu juga, spesis ikan Yu juga ditangkap menggunakan mata pancing oleh nelayan.
Sehingga kini terdapat 19 spesis utama ikan Yu telah direkodkan mendarat melalui vesel-vesel nelayan. Walaupun penangkapan ikan ini berlaku secara sengaja atau tidak sengaja oleh nelayan, nisbah penggunaan ikan ini sebagai sumber protien tidak begitu menggalakkan.
Ikan Yu biasanya diproses menjadi isi ikan atau surimi dan digunakan dalam memproses produk berasaskan ikan seperti keropok, bebola ikan dan lain-lain.
Permintaan tinggi mendorong pemburuan sirip ikan Yu juga merupakan satu ancaman utama penangkapan spesis ikan ini.
Kempen yang dilancarkan oleh DOF Malaysia seperti Kempen TAK NAK SIRIP IKAN YU berjaya memberi kesedaran golongan muda tentang ancaman terhadap ekploitasi penangkapan bagi spesis ikan Yu.
Apakah tujuan NPOA – Shark Malaysia?
- Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Pemuliharaan dan Pengurusan Ikan Yu Malaysia (NPOA – Sharks).
- National Plans Of Action (NPOA).
- Dilancarkan pada tahun 2006.
- Tujuannya – menjelang tahun 2010 semua spesis Yu dan Pari dominan akan direkodkan mengikut spesis.
- Memantau status sumber berkenaan diterokai secara lestari.
Mengapakah kajian spesis ikan Yu diperlukan?
- Mengenalpasti spesis-spesis Yu dan Pari yang terancam.
- Menjamin tangkapan Yu dan Pari secara berkekalan.
- Menilai ancaman terhadap populasi Yu dan Pari serta menentukan dan melindungi habitat-habitat kritikal.
- Menambahbaik dalam menyelaras konsultasi yang efektif yang melibatkan kumpulan berkepentingan.
- Penglibatan dalam menjaga kepelbagaian spesis.
- Menggalakkan penggunaan sepenuhnya bahagian ikan Yu dan Pari bukan hanya tertumpu kepada sirip sahaja.
- Merekod data pendaratan dan hasil tangkapan dengan nama spesis.
- Penggunaan nama spesis dalam pengumpulan maklumat biologi dan perdagangan.
Apakah spesies ikan Yu yang ditangkap di perairan Semenanjung Malaysia?
- Ikan Yu Pasir
Nama Tempatan : Yu Pasir
Nama Saintifik : Carcharhinus sealei
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Warna badan bahagian atas coklat cerah.
- Bahagian belakang sirap dorsal pertama melekuk.
- Sirip dorsal kedua berwarna agak gelap.
- Ikan Yu Spesis Carcharhinus brevipinna
Nama Saintifik : Carcharhinus brevipinna
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Badan kelihatan ada berjalur cerah-gelap.
- Tanda hitam pada dorsal ke 2 lebih bulat.
- Belahan rongga insang lebih panjang berbanding C.sorrah.
- Tiada rabung antara sirip dorsal pertama ke sirip dorsal kedua.
- Ikan Yu Jalur Putih
Nama Tempatan : Yu Jalur Putih
Nama Saintifik : Carcharhinus amblyrhynchoides
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Jalur putih jelas daripada ekor hingga ke bawah sirip dorsal.
- Permulaan sirip dorsal pertama selari bahagian tengah sirip pektoral.
- Tiada rabung dibelakang badan seperti Carcharhinus sorrah.
- Mempunyai muncung pendek berbanding spesis Carcharhinus brevipinna.
- Ikan Yu Kepak Hitam
Nama Tempatan : Yu Kepak Hitam
Nama Saintifik : Carcharhinus sorrah
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Ada rabung (ridge) antara dorsal pertama hingga dorsal kedua.
- Tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua.
- Ikan Yu Garang atau Yu Momok
Nama Tempatan : Yu Garang atau Yu Momok
Nama Saintifik : Carcharhinus leucas
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Bahagian belakang badan berwarna kelabu cerah.
- Mempunyai muncung pendek dan bulat.
- Melebar jika dilihat dari bahagian bawah.
Maklumat tambahan :
- Ikan juvenile tempatan dijual dengan harga pasaran sekitar RM40.00/kg.
- Dikenali sebagai Yu Garang atau Yu Momok.
- Ikan Yu Spesis Carcharhinus melanopterus
Nama Saintifik : Carcharhinus melanopterus
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Bahagian belakang badan berwarna perang.
- Bahagian sirip dorsal pertama dan sirip caudal berwarna hitam.
- Terdapat jalur putih pada bahagian badan.
- Mempunyai muncung pendek dan bulat.
- Ikan Yu Muncung Susu
Nama Tempatan : Yu Muncung Susu
Nama Saintifik : Rhizoprionodon acutus
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Warna badan perak hampir kelabu cerah.
- Tiada tanda hitam pada dorsal atau caudal.
- Liang hyomandibular ada lebih 16 – jika kurang ia adalah spesis R. oligolinx.
- Ikan Yu Minyak
Nama Tempatan : Yu Minyak
Nama Saintifik : Rhizoprionodon oligolinx
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Warna badan bahagian atas coklat cerah (keperangan).
- Liang hiomandibular hanya 6 ( pada kedua-dua sisi 12 – sedikit berbanding R.acutus )
- Mempunyai muncung panjang dan agak runcing jika dilihat dari bawah.
- Mata besar dan tidak ada lekuk.
- Ikan Yu Bintik Putih
Nama Tempatan : Yu Bintik Putih
Nama Saintifik : Hemigaleus microstoma
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Warna badan coklat cerah.
- Terdapat tompokan warna putih pada badan.
- Puncak sirip dorsal pertama dan kedua serta hujung sirip ekor berwarna putih.
- Ikan Yu Mata Lekuk
Nama Tempatan : Yu Mata Lekuk
Nama Saintifik : Loxodon macrorhinus
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Mata besar dan ada lekukan pada bahagian belakang mata.
- Mempunyai muncung panjang dan kelihatan jernih dari bawah dan berbentuk parabolik.
- Ikan Yu Padi atau Yu Jereh
Nama Tempatan : Yu Padi atau Yu Jereh
Nama Saintifik : Scoliodon laticaudus
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Ikan yu bersaiz kecil serta badannya agak nipis.
- Mata besar dan tiada lekuk.
- Ikan Yu Tenggiri atau Tiger Shark
Nama Tempatan : Yu Tenggiri atau Tiger Shark
Nama Saintifik : Galeocerdo cuvier
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Kulit berwarna kelabu serta corak bertompok kelabu gelap.
- Mempunyai muncung pendek berbentuk lebar dan bulat.
- Terdapat rabung (ridge) antara Sirip dorsal pertama dan dorsal kedua.
- Ikan Yu Semilang
Nama Tempatan : Yu Semilang
Nama Saintifik : Nebrius ferrugineus
Ciri-ciri pengenalan spesis :
- Sirip pektoral agak besar.
- Sirip ekor panjang dan kira-kira 1/3 panjang badan.
- Ikan Yu Cicak Lampai
Nama Tempatan : Yu Cicak Lampai
Nama Saintifik : Chiloscyllium hasseltii
- Ikan Yu Cicak Insang Putih
Nama Tempatan : Yu Cicak Insang Putih
Nama Saintifik : Chiloscyllium punctatum
- Ikan Yu Cicak Tembaga
Nama Tempatan : Yu Cicak Tembaga
Nama Saintifik : Chiloscyllium indicum
- Ikan Yu Cicak Bintik
Nama Tempatan : Yu Cicak Bintik
Nama Saintifik : Chiloscyllium plagiosum
- Ikan Yu Tukul
Nama Tempatan : Yu Tukul
Nama Saintifik : Syhyrna lewini
- Ikan Yu Karang
Nama Tempatan : Yu Karang
Nama Saintifik : Atelomycterus marmoratus
- Ikan Yu Karang spesis Atelomycterus erdmanni
Nama Tempatan : Yu Karang
Nama Saintifik : Atelomycterus erdmanni
Sumber : DOF Malaysia
Tags: #beza ikan yu dan jerung #bilangan tulang ikan yu #gambar ikan yu di malaysia #ikan jerung di malaysia #ikan jerung vs ikan paus #ikan yu bodoh #ikan yu di malaysia #ikan yu tiada tulang #jenis ikan yu #jenis ikan yu malaysia #kempen tak nak sirip ikan yu #kenali spesis ikan yu #nama saintifik ikan yu #nama tempatan ikan yu #penangkapan ikan yu #pendaratan ikan yu #pengenalan spesis ikan yu #profile ikan yu #spesis ikan yu malaysia #tulang ikan yu