Ketahui Cara Berkesan Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Panadol

Sakit Kepala

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang sering menghadapi masalah sakit kepala. Keadaan cuaca yang panas, stress dan tidak cukup oksigen di dalam otak antara penyebab berlakunya masalah sakit kepala.

Bila sakit kepala, kebanyakan orang akan mengambil Panadol sebagai penawar. Tahukah anda, jika terlalu kerap memakan Panadol boleh memberi kesan yang buruk pada tubuh badan kita? Sudah pasti anda tidak mahu perkara buruk terjadi pada tubuh badan. Tapi usah risau kerana ada cara untuk menghilangkan rasa sakit kepala tanpa perlu makan Panadol.

  • Rendamkan kaki dalam air suam

Dengan cara merendamkan kaki ke dlaam air suam, ia membuatkan tekanan darah turun dari kepala. Pastikan ianya air suam, bukannya air panas.

  • Epal hijau

Ambil sebiji epal hijau yang dibelah dua dan ambil 2 gelas air. Rebuskan epal hijau dan minum air rebusan epal hijau tersebut begitu sahaja tanpa gula.

  • Duduk tegak

Duduk dengan postur badan yang menegak boleh menghilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubah posisi duduk menjadi menegak.

  • Makan makanan pedas

Makan pedas boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Bila anda rasa sakit kepala, carilah makanan pedas kegemaran anda. Ia memang akan membuatkan sakit kepala anda hilang.

  • Bawang putih

Bawang putih bukan sahaja penting dalam masakan, tapi ia juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Hiriskan nipis-nipis bawang putih, letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.

  • Bernafas lebih efisien

Bilakah kali terakhir anda menarik nafas sedalm-dalamnya sambil pejamkan mata? Kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara betul. Kemungkinan sakit kepala  disebabkan kekurangan oksigen di dalam otak. Oleh itu, aturkan pernafasan dengan baik, tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan.

  • Mandi air panas

Satu lagi cara untuk hilangkan rasa sakit kepala ialah dengan mandi air panas atau berendam dalam air panas. Ia mampu meredakan sakit kepala kerana melancarkan perjalanan darah dalam badan.

  • Rehat dan tidur

Pastikan rehat dan tidur yang secukupnya untuk mengelakkan sakit kepala yang berlarutan. Tidur yang mencukupi pada waktu malam adalah penting untuk mengelak diri dari rasa sakit kepala. Waktu tidur yang baik adalah pada pukul 9 malam sehingga pukul 5 pagi.

Loading...

Tags: #hilang kepala pening #hilangkan sakit kepala #hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat #penawar sakit kepala #petua hilangkan sakit kepala secara semulajadi #sakit kepala #tips hilangkan migraine #tips hilangkan sakit kepala

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Ketahui Cara Berkesan Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Panadol"