Ketahui 7 Langkah Keselamatan Rumah Sebelum Pulang Beraya

Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung

Ramadan sudah hampir melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. 

Pastinya warga kota mula mengangkat bagasi masing-masing untuk pulang ke kampung tercinta untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Dalam keterujaan menyambut hari kemenangan setelah sepurnama berpuasa, jangan dilupakan aspek keselamatan kediaman anda.

Berikut, 7 langkah keselamatan rumah yang perlu anda ketahui sebelum pulang berhari raya.

1. Maklum kepada jiran dan polis

Sebelum pulang ke kampung halaman, sebaik-baiknya minta bantuan jiran tetangga yang boleh percayai untuk mengawasi dan meninjau keadaan rumah anda dari semasa ke semasa. Jika jiran balik ke kampung, anda digalakkan melaporkan terus ketiadaan anda dan keluarga sebelum meninggalkan rumah. Pastikan anda meninggalkan info penting seperti nombor telefon untuk dihubungi jika berlakunya sebarang masalah.

2. Pastikan semua tingkap dan pintu ditutup

Sila pastikan tingkap, pintu, pintu jerigi dan pagar ditutup dan dikunci sebelum meninggalkan rumah. Untuk keselamatan, tidak salah jika anda ingin memeriksa dua atau tiga kali supaya hati tenang apabila pulang ke kampung.

3. Matikan semua suis elektrik dan gas

Jangan lupa untuk matikan semua suis elektrik di rumah anda termasuklah menanggalkan wayar elektrik yang tidak digunakan. Pastikan kepala gas ditanggalkan bagi mengelakkan berlakunya sebatang kebocoran kelak.

4. Elakkan memasang lampu luar

Sila elakkan memasang lampu luar rumah sebelum meninggalkan kediaman anda. Ini kerana, lampu menyala di siang hari menunjukkan tiada orang atau penghuni di rumah. Hal ini akan menarik pencuri atau perombak untuk memecah masuk ke rumah anda.

5. Tangguh langganan sementara

Tangguhkan sementara langganan seperti surat khabar, majalah, roti dan sebagainya di waktu anda dan keluarga bercuti di kampung halaman. Timbunan surat khabar di luar rumah membuat penjenayah tahu bahawa anda tiada di rumah. Untuk langkah berjaga-jaga, anda biarkan kasut atau selipar berselerak atau tidak tersusun bagi kelihatan seperti ada penghuni di rumah.

6. Simpan barang berharga di tempat selamat

Paling penting, sila simpan barang berharga anda seperti wang tunai atau barang kemas di tempat yang selamat bagi mengelakkan sebarang kes kecurian. Jika berkemampuan, boleh memasang sistem penggera keselamatan di kediaman anda.

7. Berdoa untuk kesejahteraan bersama

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan perjalanan pergi balik ke destinasi yang dituju dan peliharalah keselamatan rumah supaya selamat dari anasir yang tidak diingini.

azlan-150x150 Ketahui 7 Langkah Keselamatan Rumah Sebelum Pulang Beraya

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #balik raya #Langkah Keselamatan Rumah Sebelum Pulang Beraya #panduan keselamatan balik beraya #panduan sebelum tinggal rumah #tips balik kampung #Tips Keselamatan Rumah #tips sebelum tinggal rumah

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Ketahui 7 Langkah Keselamatan Rumah Sebelum Pulang Beraya"