Kesan mengambil pil perancang adalah seperti berikut :
- Pil perancang mungkin boleh menyebabkan loya, sakit dan tegang pada buah dada, pendarahan bertompok-tompok yang tidak teratur, pertambahan berat badan, muram dan sakit kepala.
- Darah beku merupakan salah satu potensi risiko. 2/10,000 wanita akan mengalami darah beku berbanding 1/10,000 wanita untuk mereka yang tidak menggunakan pil perancang.
- Anda tidak seharusnya menggunakan pil perancang jika anda mempunyai sejarah strok, sakit jantung, darah beku, penyakit hati, kanser payudara, lewat usia lebih daripada 35 tahun dan merokok.
- Anda harus meminta nasihat daripada pakar sakit puan atau doktor anda mengenai pil perancang atau kaedah mencegah kehamilan yang lain jika anda mempunyai kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi atau risiko kesihatan yang lain.
- Pengambilan pil perancang yang berpanjangan boleh menyebabkan ‘gangguan’ pada ovari dan seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon apabila mereka menghentikan pengambilan pil perancang kehamilan.
Tags: #kesan buruk pill perancang #kesan pil perancang #kesan pil perancang hamil #kesan sampingan pil perancang keluarga #pil perancang dan kesan #pil perancang keluarga #side effect pil perancang hamil