Di waktu harga petrol naik RM0.20, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan petrol kereta anda. Di sini dikongsikan beberapa tips berguna yang boleh anda amalkan untuk menjimatkan wang saku anda.
- Jangan memandu kenderaan.
- Isi minyak pada kuantiti secukupnya sahaja.
- Amalkan kongsi kenderaan dengan kawan.
- Jangan menggunakan penyaman udara sewaktu memandu.
- Tangguhkan perjalanan jika tidak perlu.
- Rancang perjalanan anda dan gunakan jarak perjalanan yang paling dekat.
- Matikan kenderaan di traffic light sementara menunggu lampu hijau.
- Gunakan minyak enjin mahal yang cair seperti fully sintetic 10-20
- Gunakan angin tayar jenis nitrogen yang lebih ringan.
- Pandu kenderaan anda pada kelajuan konsisten dan jangan banyak gunakan break, break time perlu sahaja.
- Gunakan motosikal bagi perjalanan dekat.
- Banyakkan masa dirumah jangan keluar jika tiada urusan penting.
- Gunakan kemudahan public transport seperti bas dan train.
- Jangan kerap menukar gear semasa memandu.
- Elakkan melalui laluan yang sesak.
- Gunakan kenderaan kecil yang sesuai dengan muatan anda seperti Perodua Kancil, Viva, Kelisa, Kenari dan Myvi. Kapasiti CC yang kecil memberikan penjimatan minyak yang lebih ketara.
- Gunakan tayar yang sesuai untuk pemanduan harian.
- Jika anda bercadang membeli kenderaan baru, sila buat kajian tentang penggunaan minyak kenderaan tersebut. Sebagai contoh kereta yang menjimatkan bahan api yang dikenalpasti adalah seperti Honda City dan Toyota Vios.
Diharap tips ini dapat membantu anda, sekian terima kasih.
Tags: #cara jimat belanja petrol #jimat petrol dan wang saku #kereta paling jimat minyak #minyak enjin jimat minyak #pengurusan bujet harian anda #petrol naik harga #rancang perjalanan #tips jimat petrol