Pada masa kini, mengambil pelan insuran sudah menjadi perkara asas yang perlu dimasukkan ke dalam perbelanjaan kita. Di negara maju, setiap keluarga dan individu telah mengambil pelan insuran, bukan sahaja untuk menampung kos perubatan, malah ia mempunyai pelbagai kebaikan bergantung kepada pelan dan syarikat yang menawarkan. Saya ingin mencadangkan anda supaya memilih syarikat insuran yang utama dan bukannya kerjasama. Ini akan mengelakkan anda daripada dibelenggu masalah apabila membuat tuntutan kelak.
Kenapa kita perlu mengambil skim perlindungan peribadi takaful?
- Takaful tidak mempunyai riba dan mempunyai medical benefit yang sangat banyak. Lagi banyak jumlah pelan yang kita ambil, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Sebagai contoh skim perlindungan peribadi oleh Prudential Takaful BSN.
- Pelanggan boleh mendapat bonus sekiranya tiada tuntutan selama setahun. Ia bergantung kepada skim yang ditawarkan. Sebagai contoh, syarikat prudential takaful BSN akan membayar bonus sebanyak mana jumlah yang telah anda laburkan selama sebulan.
- Kaedah pelan simpanan, perlindungan dan pendidikan dapat membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk membiayai pendidikan anak-anak di masa hadapan. Pada masa kini, kos pendidikan telahpun meningkat. Bantuan pendidikan kepada mereka ini amat terhad, akibatnya ramai mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran jika tiada simpanan khas ataupun dana pendidikan. Oleh yang demikian, para ibubapa disarankan untuk mengambil pelan ini dari awal lagi.
- Perlindungan ini bukan sahaja semasa kita masih hidup, malah ia dapat melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia. Dalam Islam menyebut, kita wajib menunaikan hutang. Sekiranya ajal telah sampai dan kita masih ada hutang yang belum langsaikan, takaful berperanan menjelaskan hutang-hutang tersebut mengikut kepada berapa jumlah yang ditetapkan kepada pewaris anda. Ia adalah lebih baik daripada kita menyimpan di bank.
- Ia dapat membantu meringankan beban kita apabila kita sudah tidak berupaya untuk bekerja bagi menyara keluarga dan anak-anak. Ia merupakan satu persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita kelak.
- Ia dapat membantu menampung kos perubatan dan rawatan serta memberikan pilihan rawatan yang lebih baik kepada kita.
Tags: #etiqa takaful berhad #insuran #insurans kemalangan #insurans nyawa #insurans prudential #insurans takaful #jenis insurans #perlindungan peribadi #skim insuran #takaful