Kenapa Wajah Wanita Kelihatan Tua Sebelum Usia? Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu!

Ini Punca Wajah Wanita Kelihatan Tua Sebelum Usia

Sebenarnya golongan wanita telah bersedia dan merancang persiapan untuk menghadapi saat ini, sehubungan itu tidak hairanlah belum pun mencecah usia 30 tahun, masing-masing sudah sibuk mencari jalan untuk tidak nampak tua. Wajah kelihatan tua sebelum usia, kulit berkedut, badan gempal, rambut gugur, wajah kerepot adalah bayangan yang menyeramkan bagi golongan wanita tetapi di sebalik keghairahan golongan ini cuba menggelak daripada fenomena yang pasti akan berlaku juga di masa hadapan, tanpa mereka sedar tabiat mereka adalah penyumbang ke arah perkara yang tidak diingini itu.

Kenapa Wajah Wanita Kelihatan Tua Sebelum Usia?

Berikut adalah beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh wanita di Malaysia yang menjadi penyumbang wajah mereka kelihatan tua sebelum usia.

  • Terlalu kerap mencuci muka dalam sehari

Ramai yang beranggapan setiap kali ada masalah kulit, pasti perlu mencuci muka. Tambahan pula rasa geram timbul dengan melihat keadaan di muka lalu terus dicuci muka beberapa kali dalam sehari. Tahukah anda bahawa kesan ini akan membuatkan lebih pengelupasan, mampu merengsa kulit dan turut membuat liang menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap.

  • Suka tidur dengan mekap

Keterujaan kelihatan cantik di sebalik pemakaian mekap lebih-lebih lagi apabila kecantikan itu mendapat pujian ramai, ada yang sanggup tidak mencuci mekap dan membiarkan sampai tertidur. Kesannya akan membuatkan wajah tampak kusam dan kering dengan mekap. Wajah kusam dan kering adalah faktor yang akan membuat wajah kelihatan tua. Sehabis malas pun, sampai rumah teruslah ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap. semuanya hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

  • Suka ikat ponytail terlalu ketat

Tahukah, dengan mengikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat agar tiada masalah rambut yang berlaku. Masalah rambut juga penyumbang wajah kelihatan tua.

  • Tidak menjaga pemakanan

Kurangkan makan makanan yang berwarna terang atau berjiwa garang seperti buah tomato, daging lembu dan daging ayam. Banyakkan makan makanan yang ada jiwa yang lembut seperti sayuran hijau dan daging ikan. Memakan makanan yang ada jiwa yang lembut akan meningkatkan lagi seri wajah.

  • Suka mengumpat, buka aib orang dan marah

Ini adalah sikap yang negatif iaitu cepat marah, suka mengumpat, suka mengata, suka bercakap sesuatu yang sia-sia dan suka membazir. Seri pada wajah yang dikurniakan-Nya itu akan ditarik balik apabila sifat mazmumah seperti ini menjadi perhiasan diri.

IMG_20171206_114610-150x150 Kenapa Wajah Wanita Kelihatan Tua Sebelum Usia? Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #faktor penuaan wajah tanpa disedari #Kenapa Wajah Wanita Kelihatan Tua #kulit #muka nampak tua #punca kulit cepat tua #punca wajah cepat tua #punca wajah wanita cepat tua #punca wajah wanita nampak tua sebelum usia #sebab wajah kelihatan tua sebelum usia #sebab wajah nampak tua #wajah nampak tua #wajah tua sebelum usia

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Kenapa Wajah Wanita Kelihatan Tua Sebelum Usia? Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu!"