Di waktu kita sibuk dengan urusan seharian, kita sering terlewat waktu makan dan kadangkala kita terlepas waktu makan. Amalan makan secara tidak teratur pasti akan memberikan kesan yang tidak baik kepada diri kita kerana ia akan menganggu keseimbangan fungsi tubuh serta kadar metabolisma tubuh. Oleh yang demikian, tabiat ini haruslah dielakkan untuk menjamin kesihatan tubuh badan.
Di sini dikongsikan kebaikan yang akan kita perolehi sekiranya mengamalkan waktu makan yang teratur. Antaranya ialah ;
Mencegah penyakit jantung
Amalan ini akan mengurangkan risiko perkembangan penyakit jantung. Waktu yang tepat pengambilan makanan akan membantu badan kita untuk mengambil makanan ringan yang tidak sihat.
Mengurangkan risiko penyakit diabetes
Waktu pengambilan makanan yang tepat pada waktu membantu mencegah masalah kepada pengeluaran hormon insulin yang merupakan salah satu penyebab penting untuk diabetes.
Membantu sistem pencernaan
Waktu pengambilan makanan yang teratur membantu dalam penyerapan nutrisi dan membantu kadar metabolisme badan secara keseluruhan. Rembesan enzim dalam perut akan bertindak mengikut waktu makan yang ditetapkan. Jika kita selalu menukar waktu makan, ia pasti akan menganggu perembesan enzim perut seterusnya menyebabkan gastrik yang teruk.
Tags: #cara makan dengan betul #cara nak kuruskan badan #kebaikan makan mengikut waktu #kenapa perlu makan ikut waktu