Pengenalan Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius)
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang mudah ditanam di negara kita. Daunnya banyak digunakan dalam masakan dan juga untuk dijadikan bunga rampai dalam majlis rasmi masyarakat Melayu. Oleh kerana begitu banyak kegunaannya. Sangatlah rugi sekiranya anda tidak menanamnya di rumah. Kaedah tanaman boleh dilakukan di dalam pasu atau bekas sesuai. Ia mudah tumbuh dan tidak perlu penjagaan rapi. Selain daripada kegunaan daun pandan yang disebutkan di atas, sebenarnya banyak lagi khasiat atau kegunaan daun pandan yang kita tidak ketahui.
Antaranya adalah seperti berikut :
- Menurunkan tekanan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
- Matikan kuman dalam badan
Amalan minum air rebusan daun pandan yang kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
- Melembutkan daging dalam masakan
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
- Melambatkan makanan menjadi basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
- Mencantikkan dan melicinkan kulit
Lipat dan perahkan beberapa helai daun pandan dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
- Menghilangkan bau busuk dalam kenderaan dan ruang tertutup
Ikat atau potong daun pandan secukupnya dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah. Ia juga berkesan sebagai penghalau lipas
- Mengecutkan rahim wanita selepas bersalin
Ambil akarnya dan direbus. Air rebusan itu diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Tags: #daun pandan #daun pandan dalam masakan #hilang bau hanyir dalam kereta #kegunaan daun pandan #kelebihan daun pandan #khasiat daun pandan #khasiat daun pandan untuk kencing manis #khasiat daun pandan untuk kolesterol #khasiat minum air rebusan daun pandan #manfaat daun pandan untuk miss v #pokok pandan berlian #tanam pokok pandan