Kenapa Kaki Ayam Berkhasiat? Nak Tahu Jom Baca!

Khasiat Kaki Ayam Untuk Kesihatan Yang Jarang Diketahui

Khasiat Kaki Ayam

Kaki ayam ada khasiat? Ramai yang tidak makan kaki ayam kononnya kaki ayam itu jijik. Jika difikirkan fungsi kaki ayam tersebut sebelum dimasak, pasti ramai yang tidak menyukainya dan tidak meletakkan kaki ayam sebagai makanan yang harus semua orang cuba. Betul tak?

Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. Ada 10 khasiat yang anda perlu tahu mengenai zat kaki ayam ini.

  1. Kaki ayam kaya dengan kologen

Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:

  • Kologen membentuk kulit yang anjal dan menjadikan kulit sihat
  • Kologen menggantikan sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru dengan cepat.
  • Kologen menyerap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh menjadi sihat.
  • Kologen meningkatkan metabolism sekaligus membantu menurunkan berat badan.
  • Kologen membuatkan tulang menjadi kuat dan tidak rapuh.
  1. Mengurangkan risiko tulang rapuh

kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen lebih mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk mengukuhkan struktur tulang dan mencegah kerapuhan tulang apabila sudah tua.

  1. Meyembuhkan kecederaan

Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut membantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, kecederaan itu boleh cepat sembuh sekiranya memakan kaki ayam ini.

  1. Saluran pencernaan sihat

Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan menjadi lagi lembut, membuatkan sistem pencernaan menjadi lebih baik.  Jadikan kaki ayam ini sebagai makanan berkuah atau sup kerana nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.

  1. Kesihatan kuku terjaga

Kaki ayam yang sudah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

  1. Menyihatkan gusi

Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

  1. Baik untuk kesihatan seksual

Kaki ayam adalah baik untuk menguatkan tenaga batin lelaki dan baik bagi mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin.

Loading...

Tags: #apa best makan kaki ayam #fakta mengenai kaki ayam #kaki ayam #kaki ayam kuatkan tenaga batin #kelebihan memakan kaki ayam #Khasiat kaki ayam #khasiat kaki ayam untuk kesihatan #makan kaki ayam #manfaat memakan kaki ayam #masakan kaki ayam

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Kenapa Kaki Ayam Berkhasiat? Nak Tahu Jom Baca!"