Kenali Sifat Wanita Yang Haram Dinikahi! Lelaki Mesti Baca!

Kenali Sifat Wanita Yang Haram Dinikahi! Lelaki Mesti Baca!

Seorang lelaki yang sudah memenuhi syarat untuk berkahwin dan bersedia secara zahir dan batin, eloklah disegerakan niat untuk berumah tangga. Buat para lelaki yang ingin berumah tangga, sebaiknya harus pintar dalam mencari pasangan. Dalam hal ini, para lelaki perlu memilih wanita terbaik yang akan dijadikan isteri dan juga ibu bagi anak-anak mereka kelak.

Ada beberapa sifat wanita yang haram dinikahi oleh lelaki. Menurut Imam Al-Ghazali, berikut adalah 6 jenis sifat wanita yang haram dinikahi kerana boleh membuat hidup lelaki tidak bahagia.

  1. Al-Ananah

Al-Ananah adalah wanita yang suka mengeluh dan mengadu. Menikahi wanita dengan sifat ini membuatkan suami sukar mencapai sakinah dalam keluarga. Sikap suka mengeluh tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian. Malah ia mampu mengganggu emosi suami. Sedangkan sikap mengadu pula sering merosak hubungan baik dengan sesama manusia, baik saudara mara mahupun sahabat. Apatah lagi jika yang suka diadukan oleh isteri adalah orang tua si suami.

  1. Al-Hananah

Al-Hananah adalah wanita yang suka menceritakan dan membanggakan orang di masa lalu. Jika dia adalah janda, dia membangga-banggakan bekas suaminya. Jika aia belum pernah menikah sebelumnya, mungkin aia membangga-banggakan ayahnya dan membandingkan dengan suaminya. Atau mungkin membangga-banggakan saudaranya atau temannya di hadapan suami. Lebih parah lagi, jika isteri pernah mempunyai bekas kekasih sebelum berkahwin dan membangga-banggakan bekas kekasihnya itu di hadapan suami.

  1. Al-Mananah

Al-Mananah adalah wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan dan jasanya. Menikahi wanita jenis ini membuat seorang lelaki tersakiti dalam menjalankan peranan sebagai pemimpin keluarga. Jika si suami berbeza pendapat dengan isterinya, si isteri akan mengungkit kebaikan dan jasanya. Apatah lagi jika secara ekonomi, si suami mempunyai tahap ekonomi yang lebih rendah dari isterinya.

Selain itu, mengungkit kebaikan berbahaya bagi kehidupan akhirat keluarga. Setiap keluarga muslim pasti menginginkan untuk masuk syurga bersama-sama. Namun, perilaku mengungkit kebaikan boleh menghapuskan pahala kebaikan tersebut.

  1. Al-Haddaqah

Al-Haddaqah adalah wanita yang keinginan berbelanja besar, mudah tertarik dengan suatu barang atau produk, dan suka meminta suami membelikannya. Pendek kata, materialistik, boros dan konsumtif. Jika Wanita jenis ini akan menyusahkan suaminya dari segi ekonomi. Meskipun suaminya orang yang kaya, sikap boros tetap tidak baik dan tidak disukai agama. Apatah lagi jika suaminya seorang yang sederhana atau miskin.

  1. Al-Barraqah

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa terdapat dua makna al-Barraqah. Pertama, dia adalah jenis wanita yang suka berhias sepanjang hari. Meskipun demi untuk tampil menawan di hadapan suami, berhias sepanjang hari termasuk sikap berlebihan. Berlebihan dalam belanja kosmetik dan berlebihan dalam pemanfaatan waktu yang mengabaikan kewajiban-kewajiban lainnya. Apatah lagi jika niatnya bukan untuk suami.

Kedua, wanita yang tidak mahu makan dan suka mengurung diri sendirian. Dengan kata lain, dia adalah jenis penyedih. Bagaimana keluarga akan bahagia kalau si isteri suka berbuat demikian?

  1. Asy-Syaddaqah

Asy-Syaddaqah adalah jenis wanita yang suka mengkritik dan banyak bersungut. Hampir setiap perkara dikritik dan menjadi bahan sungutan dan setiap yang dibebelkannya bukanlah yang bermanfaat. Menikahi wanita jenis ini, sukar bagi suami menemui kedamaian dan ketenangan kerana semua sikapnya akan menjadi sasaran kritikan dan sungutan si isteri.

Demikianlah 6 sifat wanita yang sebaiknya dielakkan untuk dijadikan isteri atau pendamping hidup menurut Imam Ghazali. Semua itu demi kebaikan dan ketentraman rumah tangga dan keluarga kelak. Bukankah tujuan menikah adalah untuk ibadah? Oleh sebab itu, dalam memilih isteri, sebaiknya yang dinilai pertama kali adalah agamanya dan akhlaknya. Semoga kita diberikan jodoh terbaik oleh Allah SWT yang sentiasa dapat mendekatkan kita dan menambah kecintaan kita kepada Allah SWT dan kelak sebagai bidadari di syurga yang hakiki.

Loading...

Tags: #Inilah Wanita yang Haram Dinikahi Pria #jenis wanita yang haram dinikahi #kenali sifat wanita yang haram dinikahi #kenali sifat wanita yang tidak baik dijadikan isteri #nikah muharramah #panduan mencari isteri yang baik #Perempuan yang haram dikahwini #Perempuan-Perempuan Yang Haram Dinikahi #sifat wanita yang haram dinikah #sifat wanita yang tidak sesuai dijadikan isteri #tips memilih jodoh #tips memilih pasangan hidup #wanita yang haram dinikahi #Wanita yang Haram Dinikahi Menurut Islam #wanita yang tidak baik untuk menjadi pasangan anda

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.