Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, pelbagai produk kecantikan dan kosmetik dikeluarkan mengikut keperluan masyarakat masa kini.

Salah satu daripada produk kosmetik yang paling digunakan dan laku keras adalah bedak. Jika dahulu kita hanya mendengar bedak padat atau bedak tabur tetapi hari ini muncul beraneka jenis bedak dalam dunia kecantikan dan kosmetik.

Daripada keliru dan tersalah pilih, jom kenali perbezaan 7 jenis bedak ini yang terdapat di pasaran berdekatan anda. Here they are!

1. Compact Powder

Compact-Powder-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Bedak Compact atau turut dikenali sebagai Pressed Powder sangat praktikal dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bedak ini mempunyai kandungan moisturizer dan minyak sehingga menghasilkan tekstur yang lebih berat. Bedak ink sangat sesuai buat yang mempunyai kulit kering kerana mampu melembapkan kulit wajah anda.

2. Loose Powder

Loose-Powder-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Loose Powder atau bedak tabur ini memiliki tekstur yang sangat ringan dan halus berbanding bedak padat kerana tidak melalui proses tekanan (pressure). Malah, loose powder juga dapat menyerap minyak pada wajah lebih baik dari compact powder. Paling penting, bedak ini bagus buat anda yang mempunyai kulit berminyak dimana turut disertakan puff yang lembut di dalam produk kosmetik ini.

3. Two Way Cake

Two-Way-Cake-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Bagi yang mahukan tatarias yang praktikal sekaligus cantik menawan, bedak jenis Two Way Cake ini mampu memberikan coverage yang bagus pada wajah anda kerana mempunyai foundation di dalamnya. Sayangnya, bedak ini tidak sesuai buat kulit yang berminyak.

4. Mineral Powder

Translucent-Powder-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Lazimnya, bedak jenis Mineral Powder diperbuat dari bahan-bahan seperti titanium oksida dan zink oksida yang boleh diserap oleh kulit supaya wajah kelihatan lebih cerah. Jika zink oksida dapat memelihara anda daripada masalah berjerawat, titanium oksida pula melindungi anda dari cahaya mahatari yang boleh memudaratkan kulit wajah. Menariknya, mineral powder bebas bahan pengawet, pewarna, minyak dan paraben dimana bedak ini selamat digunakan untuk kulit sensitif.

5. Translucent Powder

Translucent-Powder-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Translucent Powder merupakan bedak yang mempunyai warna transparent dan sesuai kepada semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak dan berjerawat. Bedak ini tidak memiliki coverage dan digunakan untuk menghilangkan kilap pada wajah semata-mata.

6. Setting Powder

Setting-Powder-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Kebiasaannya, bedak Setting Powder digunakan selepas memakai foundation yang berfungsi sebagai untuk menghilangkan kilap dan menjadikan foundation tahan lama. Bedak ini umumnya digunakan dibahagian mata dan pipi sebagai contouring. Kebanyakan setting powder berwarna transparent atau telus.

7. Finishing Powder

Finishing-Powder-300x300 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Bedak ini dipakai pada akhir sekali setelah siap ditatarias. Selain menjadi pelengkap, bedak ini menjalankan fungsinya sebagai menyamarkan garis-garis halus dan liang pori di wajah. Untuk info, finishing powder adalah berwarna putih dan anda tidak perlu memakainya terlalu tebal.

azlan-150x150 Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bedak muka #cara pilih bedak muka yang sesuai #Kenali Perbezaan Bedak Di Pasaran Kosmetik Masa Kini #perbezaan bedak muka yang baik #Perbezaan Jenis Bedak Kosmetik

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.