Menderma darah adalah amalan yang mulia, ia dikira sebagai sedekah. Pernahkan anda menderma darah di mana-mana tabung darah dalam negara? Ataupun adakah anda penderma darah yang konsisten? Menderma darah sebenarnya dapat memberi banyak faedah dan kebaikan untuk diri sendiri selain dapat membantu mereka di hospital yang memerlukan bekalan darah. Berikut adalah faedah dan manfaat menderma darah.
Manfaat Dan Kelebihan Menderma Darah
- Menangani ancaman kanser
Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, peparu, perut dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.
- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru
Apabila darah dikeluarkan dari badan anda semasa menderma darah, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan lebih segar.
- Meningkatkan tahap kesihatan
Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik’.
Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan. “Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung,” kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.
- Membantu melawan hemochromitosis
Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.
- Membakar kalori
Individu boleh melakukan diet atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
- Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
- Sebagai ujian asas darah
Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.
Tags: #darah #derma darah di hospital #derma darah menyihatkan badan #faedah dan kebaikan menderma darah #Faedah menderma darah #kebaikan menderma darah kepada tubuh badan #keburukan derma darah #kelebihan derma darah #Kempen derma Darah Malaysia #kenapa perlu derma darah #manfaat deram darah kepada penderma #Manfaat Derma Darah Yang Pasti Buat Anda Teruja #rahsia menderma darah #rasa selepas derma darah