Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Kecutkan Ovarian Cyst Dengan Rawatan Herba

Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih baik kita mulakan pendekatan semula jadi untuk membantu mengecutkan cyst sebaik sahaja kita menyedari kehadirannya dalam tubuh kita. Berikut ialah petua dan cara berkesan yang boleh bantu kecutkan cyst secara semulajadi.

Kurangkan Estrogen

Ketidak seimbangan hormon, khususnya etrogen berlebihan adalah faktor utama penyumbang kepada  ovulasi tidak teratur yang seterusnya mengakibatkan pembentukan ovarian cyst. Terlalu banyak pendedahan kepada xenostrogen, iaitu bahan toksik yang mempunyai kesan pada hormon tubuh, juga boleh menyebabkan ketidak seimbangan.

Oleh itu, dengan menghilangkan estrogen yang berlebihan dalam badan dan mengelakkan pendedahan kepada xenostrogen boleh menjadi langkah berkesan untuk bantu mengecutkan cyst. Elakkan makanan yang diproses terutama makanan dalam tin dan plastik kerana mengandungi pelbagai bahan kimia yang bertindak seperti estrogen. Amalkan makan daging dan produk tenusu organik. Elakkan penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi paraben dan minyak mineral dan kurangkan minum air dari botol plastik.

Rawatan Herba Cyst Ovari

Penggunaan herba dalam rawatan untuk cyst dapat membantu menyuburkan sistem endokrin dan menggalakkan keseimbangan hormon, ovulasi yang tetap dan perbaiki peredaran darah ke organ-organ reproduktif. Antara herba yang boleh bantu dalam proses pengecutan cyst adalah seperti berikut:

  • Akar Maca – membantu badan mengeluarkan progesteron.
  • Akar cohosh hitam – membantu mengawal kitaran haid dan melegakan kesakitan ovari.
  • Biji milk thistle – menyokong keseimbangan hormon dan kesihatan hati.
  • Vitex (buah berry) – mengawal keseimbangan hormon, menggalakkan ovulasi dan memperbaiki masa kitaran haid.

Jangan gunakan rawatan herba jika anda sedang mengandung atau menyusukan anak.

Ubah Suai Pemakanan

Mengubah diet boleh memberi kesan mendalam dalam pembentukan ovarian cyst. Kurangkan makan daging dan produk keju dapat mengurangkan terjadinya cyst. Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan biji-bijian dalam makanan harian anda. Disarankan untuk mengamalkan diet vegetarian sehinggalah cyst mengecut atau hilang.

Kekalkan Berat Badan Sihat

Mempunyai terlalu banyak lemak yang berlebihan menyebabkan tubuh menghasilkan estrogen yang berlebihan. Mengurangkan berat badan dan mengekalkan indeks jisim badan (BMI) di bawah 25 akan membantu menghilangkan cyst dan mencegahnya daripada berulang. Perubahan diet dan senaman dapat membantu mencapai matlamat ini.

Halia

halia Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Halia adalah herba yang kuat sifat anti-radangnya yang dapat melegakan kesakitan. Kisarkan menggunakan pengisar jus, 2 inci halia, 2 batang celery, setengah gelas jus epal dan 3/4 nenas. Minum sehari sekali sehingga cyst sudah tiada. Anda juga boleh minum 2-3 cawan teh halia setiap hari.

Flaxseed

flaxseed Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Flaxseed membantu mengimbangi nisbah estrogen kepada progesteron dalam badan kita. Ini akan membantu mengurangkan cyst. Tambahan pula, Flaxseed adalah kaya dengan serat yang dapat membantu badan menyingkirkan toksin yang berbahaya, kolesterol dan bahan buangan lain yang diproses oleh hati.

Campurkan 1 sudu besar flaxseed yang telah dikisar lumat dalam segelas air suam. Minum setiap hari semasa perut kosong sehingga anda dapat lihat perubahan kesihatan anda yang semakin baik. Anda boleh juga tambahkan flaxseed yang telahh dikisar itu kepada yogurt, smoothies, sup dan juga salad

Badam

badam Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Badam adalah makanan yang kaya dengan magnesium yang membantu mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh ovarian cyst. Hanya makan beberapa biji badam yang telah dipanggang untuk mengurangkan rasa sakit.

Sebagai alternatif, urut dengan lembut kawasan perut dengan minyak badam yang juga boleh membantu melegakan sakit dan kembung perut. Anda juga boleh tambahkan 1 sudu kecil minyak badam manis ke dalam segelas air susu suam dan minum sehari sekali sehingga sembuh sepenuhnya

Banyakkan Pengambilan Air

air Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Apabila anda menderita ovarian cyst, adalah sangat penting untuk meningkatkan pengambilan cecair anda. Pilihan terbaik adalah air. Cuba amalkan pengambilan air beralkali dan bertapis secara kerap.

Anda juga boleh menambahkan lemon ke dalam segelas air sebelum meminumnya. Ini kerana sifat semula jadi lemon yang sangat unik adalah, ia akan berubah sifat dari asid kepada alkali sebaik sahaja masuk ke dalam perut kita.

Air akan mengepam keluar toksin yang berbahaya daripada sistem anda. Selain itu, anda juga boleh minum air kelapa dan juga jus sayuran hijau. Elakkan pengambilan kopi, soda dan minuman beralkohol.

Ubi Bit (Beet Root)

ubi-bit Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Ubi bit mengandungi sebatian yang dikenali sebagai betacyanin yang meningkatkan keupayaan hati untuk membersihkan toksin daripada sistem anda. Tambahan pula, sifat alkalinya membantu mengimbangi keasidan dalam badan anda. Ini seterusnya mengurangkan simptom ovarian cyst.

Campurkan satu setengah cawan jus ubi bit yang segar dengan 1 sudu besar gel lidah buaya dan 1 sudu besar blackstrap molases. Minum sehari sekali sebelum mengambil sebarang sarapan. Amalkan seharian sehingga simptom berkurangan

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)

cuka-epal Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Cuka Epal boleh membantu mengecut dan membubarkan ovarian cyst yang disebabkan oleh kekurangan potassium. ACV ini tinggi kandungan potassiumnya. Tambahkan 1 sudu besar ACV ke dalam segelas air suam. Campurkan 1  susu besar black strap molasses Minum 1-2 gelas minuman ini setiap hari. Lakukan rawatan ini sehingga ovarian cyst hilang sepenuhnya. Rawatan ini juga akan membantu sekiranya anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan dan juga kembung serta kekejangan sepanjang tempoh haid.

Teh Chamomile

teh-chamomile Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Teh herba ini juga dianggap sebagai ubat terbaik untuk merawat ovarian cyst dan apa sahaja ketidakselesaan yang dihadapi. Kesan sedatif lembut teh chamomile akan mengurangkan kesakitan dan membantu anda untuk berehat.

Selain itu, sifat panas semulajadi teh ini membantu mengawal haid yang tidak teratur dengan merangsang aliran darah pada bahagian pelvis dan rahim. Campurkan 2 sudu teh chamomile yang kering ke dalam secawan air panas. Tutup cawan dan biarkan selama 5 minit Tapiskan dan tambah 1 sudu kecil madu dan minumlah air teh tersebut. Anda boleh minum 2-3 cawan sehari.

Peria

peria Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba

Peria mampu menghilangkan sakit akibat ovarian cyst serta mampu membantu mengecutkannya. Ambil peria, potong dan rebus. Lalu amalkan meminum air peria. Selain itu, berpantang dalam mengambil makanan lain juga adalah perlu jika inginkan kesan yang ketara. Amalkan memakan nasi putih bersama peria sahaja.

Petua ini bukan sahaja berkesan untuk ovarian cyst, malah juga baik bagi senggugut, buasir, kencing manis, asma, kitaran haid yang tidak teratur, masalah jerawat dan juga baik untuk ibu yang sedang berpantang.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian pelvis, demam, pening, pernafasan yang cepat atau kesakitan pada faraj dengan pendarahan. Gejala ini boleh menjadi petanda bahawa cyst pecah atau kilasan ovari yang boleh membawa kesan serius jika tidak dirawat dengan segera.

Loading...

Tags: #cara hilangkan ovarian cyst #cara merawat ovarian cyst #cara semulajadi merawat cyst #Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba #Kecutkan Ovarian Cyst Dengan Rawatan Herba #Ketahui Cara Mengecutkan Cyst Ovari #ketumbuhan ovari #Masalah ketumbuhan sistem peranakan wanita #ovari bengkak #ovarian cyst rawatan herba #Petua dan cara kecutkan ovarian cyst #petua kecutkan cyst tanpa pembedahan #petua merawat ovarian cyst #Punca Rahim Bengkak dan Cara Mengatasi #rahim bengkak #rawat ovari bengkak #rawatan alami ovarian cyst

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba"