Kalendar Cuti 2017 Dan Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga Musim Cuti

Cuti Cuti

Apabila tiba musim cuti, kadangkala kita tidak sempat untuk memikirkan sesuatu perkara ataupun apakah aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa bersama keluarga mahupun mengatur aktiviti kepada anak-anak. Mungkin idea ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang aktiviti yang sesuai untuk keluarga dan diri sendiri.

Pergi melancong

Melancong merupakan pilihan paling menarik kepada yang berkemampuan. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, melancong sama ada dalam atau luar negara ini dapat membuka minda, menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan dan ketenteraman apabila bebas dari rutin harian. Anda boleh mula merancang untuk melancong dengan melihat tarikh-tarikh penerbangan serta waktu cuti sesuai dengan masa anda. Ini dapat menjimatkan wang saku anda.

Melawat ke tempat menarik

Pasangan berkeluarga boleh memenuhi masa cuti dengan melawat tempat yang memberi ilmu sambil dapat berseronok. Antaranya adalah seperti Petrosains, Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara, Muzium Negara, Putrajaya, Bangunan-bangunan mercu tanda dan sebagainya. Aktiviti yang mudah ini pasti akan mengeratkan hubungan kekeluargaan kepada anak-anak yang baru membesar.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di dalam Negara yang boleh anda kunjungi sekeluarga seperti Gambang Waterpark, Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Frazer, Lost World Of Tambun dan Legoland Malaysia Resort.

Berkunjung ke rumah kaum keluarga

Pada masa sekarang, amalan seperti ini tidak menjadi pilihan utama. Realitinya, berkunjung ke rumah sanak saudara semata-mata bercuti hanya dilakukan apabila mendapat jemputan majlis kenduri atau musim perayaan. Amat menyedihkan apabila sesama saudara mara sendiri pun tidak kenal. Tidak mustahil bahawa rakan satu asrama yang sekatil (double decker) rupa-rupanya adalah sepupu sendiri.

Amalan berkunjung ini boleh juga diterapkan sebagai contoh, jika anda tinggal di Kelantan dan ini membawa keluarga ke taman tema di Pahang. Anda bolehlah singgah di rumah kaum keluarga yang tinggal dalam perjalanan ke taman tema tersebut. Hal ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Inilah masanya untuk kita membawa anak-anak mengenali serta mengeratkan silaturahim sesama saudara mara yang dekat mahupun jauh. Semoga ikatan kekeluargaan kekal terjalin.

Berkebun

Tidak semestinya masa cuti ini dikhaskan untuk aktiviti diluar sahaja. Ketika di rumah, bagi mereka yang mempunyai ruang tanah, lakukanlah aktiviti seperti berkebun atau bercucuk tanam bersama. Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran. Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar.

Mengasah kemahiran, minat dan hobi

Jika anak-anak mempunyai minat kepada sesuatu kemahiran, sebagai ibubapa harus memainkan peranan dengan memberi galakan dengan membawa mereka kepada kelas latihan atau jurulatih berkaitan. Aktiviti seperti memasak, menjahit, membuat kraftangan, bertukang, mengaji, menghafaz Al-Quran, melukis, berenang dan sebagainya bukan sahaja hobi yang sia-sia kerana bakat yang terpendam ini mungkin akan dapat membantu mereka untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidangnya di masa akan datang.

Selain itu kelas ilmu seperti kelas keusahawanan, perniagaan, komputer & multimedia seperti grafik, suntingan video, bina laman web, coding dan membina aplikasi adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada mereka. Kadangkala, memberi dorongan kepada kemahiran sukan juga dapat memberi peluang anak-anak mengasah bakat mereka seperti kelas badminton, tarian, nyanyian, memanah, bermain alat muzik, menunggang kuda dan sebagainya. Tidak mustahil jika kemahiran ini menjadi kerjaya satu hari nanti.

Merasai suasana kehidupan kampung

Jika anak anda dibesarkan dan tinggal di bandar, perlu bagi mereka diberi pendedahan tinggal di kampung bersama datuk dan nenek mereka. Ia adalah satu kemestian yang perlu anak-anak anda rasai. Hidup tanpa gadget dan hiburan maka masa akan lebih banyak terluang bersama datuk dan nenek menjalani kehidupan harian. Sudah pasti pelbagai nasihat dan ilmu dicurahkan oleh datuk dan nenek. Hal ini bukan untuk menyusahkan orang tua tetapi percayalah sebenarnya mereka amat menyukainya. Inilah peluang untuk anak-anak menikmati suasana dan menjalani kehidupan di kampung.

Libatkan dengan aktiviti bersosial

Jika kawasan anda menganjurkan program kemasyarakatan seperti gotong-royong, kenduri dan sebagainya. Ianya satu pendedahan yang bagus untuk anak-anak bergaul dan bermasyarakat disamping berpeluang untuk mengenali lebih ramai rakan-rakan baru di luar sekolah. Namun pastikan ada orang yang dipercayai bersama dan memantau aktiviti anak anda.

Pembelajaran agama di pondok

Pembelajaran di pondok agama selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quran dan aktiviti pemantapan jiwa dan rohani. Ini dapat membentuk peribadi, sahsiah anak-anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing mereka serta memperkukuhkan iman dan ilmu akhirat.
Selain daripada itu, pembelajaran agama melalui ustaz dan ustazah ini akan dapat menutup segala kelemahan ibubapa dalam mendidik anak-anak dek kekangan masa kerja seharian.

Kem motivasi diri

Membawa anak-anak ke kem motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Antara yang tumpuan yang diberikan dalam kem ini adalah seperti pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah program kem daripada penganjur yang dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Kalendar cuti umum 2017

page-1-cuti-2017 Kalendar Cuti 2017 Dan Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga Musim Cuti

page-2-cuti-2017 Kalendar Cuti 2017 Dan Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga Musim Cuti

page-3-cuti-2017 Kalendar Cuti 2017 Dan Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga Musim Cuti

Loading...

Tags: #aktiviti masa cuti #cadangan aktiviti musim cuti #cara nak rancang cuti #cuti umum 2017 #idea isi masa cuti #idea nak isi masa cuti sekolah #isi masa cuti panjang #jadual cuti tahun 2017 #kalendar cuti 2017

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Kalendar Cuti 2017 Dan Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga Musim Cuti"