Syawal bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya, pelbagai juadah kegemaran akan dimasak dan dihidang bagi menjamu selera meraikan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan.
Selain masyarakat tempatan, golongan selebriti Malaysia turut tidak ketinggalan berkongsi juadah lebaran pilihan mereka di pagi Syawal.
Nak tahu makanan kegemaran mereka, jom baca artikel ini.
1. Neelofa
Antara makanan yang menambat hati saya pastinya rendang dan lontong. Dua jenis juadah ini kalau dimasak pada hari biasa, macam tidak ada ‘umpph’. Tapi kalau menikmatinya pada hari raya, berpinggan-pinggan pula ditambahnya.
2. Shaheizy Sam
Setiap kali Aidilfitri tiba, makanan kesukaan saya adalah sambal kacang dan sambal goreng jawa yang dimasak oleh ibu saya iaitu Khaty Fauziah.
3. Saharul Ridzwan
Kalau raya, ayah saya memang pakar memasak rendang ayam dan daging. Kami sekeluarga setia untuk merasa masakannya di pagi raya.
4. Amyra Rosli
Walaupun ramai yang makan ketupat dengan kuah kacang tetapi saya lebih gemar memakan makan tradisi berkenaan dengan rendang. Tidak dapat menu lain pun tidak mengapa. Janji ada ketupat dan rendang.
5. Hafiz Suip
Juadah burasak menjadi hidangan bagi saya dan keluarga. Setiap tahun, keluarga saya akan menempah burasak. Bagi saya, burasak ini sama seperti nasi impit dan ketupat cuma rasanya lebih lemak dan sedap.
6. Siti Nordiana
Saya sukakan kuah kacang yang dimakan bersama nasi impit yang dimasak oleh ibu.
7. Fizo Omar
Saya memilih untuk makanan tradisional nenek moyang di Kelantan iaitu ketupat cicah madu. Rasanya memang enak.
8. Sabhi Saddi
Jika orang Semenanjung sukakan lemang dan ketupat, lamban pula menjadi menu wajib saya. Kalau tak makan diibaratkan seperti tak menyambut hari raya. Untuk info, lamban adalah makanan yang mirip lemang dalam saiz yang kecil tetapi dibalut dan dimasak menggunakan daun kelapa muda.
9. Kaka Azraff
Bagi saya, menjamah ketupat, kuah kacang ayam dan serunding ikan merupakan makanan wajib setiap kali tibanya lebaran.
10. Cha Cha Maembong
Tidak lengkap rasanya kalau hidangan hari raya saya tanpa lemang, ketupat palas dan rendang.
Tags: #Juadah Aidilfitri Kegemaran Artis Malaysia #juadah pilihan selebriti malaysia #Makanan Kegemaran Selebriti Malaysia Di Hari Raya