Sudah menjadi adat dan kebiasaan bagi kebanyakan masyarakat Melayu akan akan melangsungkan pertunangan dahulu sebelum diijabkabul dalam ikatan pernikahan. Persiapan menjelang majlis pertunangan juga tidak banyak bezanya dengan persediaan majlis perkahwinan. Ada yang sukakan majlis meriah dan ada juga sukakan yang serba sederhana.
Tidak kira bagaimanapun bentuk acara yang bakal berlangsung, senarai penting atau checklist tetap perlu dibuat bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Singkir segala kekusutan, checklist istimewa dihidangkan buat anda.
1.Tarikh, Waktu dan Tempat
Sama seperti majlis perkahwinan, pemilihan lokasi untuk melangsungkan majlis pertunangan juga sangat penting. Lokasi di sini tidaklah bermaksud sama ada dewan ataupun rumah. Cukup sekadar berlangsung di rumah tetapi dengan hanya menentukan sama ada upacara menyarung cincin dilakukan di ruang tamu ataupun di dalam bilik.
Sebelum itu, perlu ditetapkan tarikh dan waktu bagi memudahkan segala urusan untuk majlis tersebut berjalan dengan lancar. Tetapkan waktu untuk majlis, sama ada tengah hari, petang ataupun pada waktu malam.
2.Pelamin Mini dan Hiasan
Seakan menjadi trend, setiap majlis pertunangan pasti akan diserikan dengan pelamin mini sebagai tempat si gadis menunggu untuk cincin disarungkan. Variasi pelamin mini terdapat di pasaran dan juga boleh dibuat sendiri. Namun, ada juga yang lebih suka menggunakan bilik tidur yang dihiasi begitu indah sempena hari bermakna itu.
3.Hantaran
Menentukan jumlah hantaran yang perlu diberi dan ditukar merupakan salah satu perkara penting dalam checklist. Jumlah standard adalah lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Selain itu, pemilihan warna tema untuk hantaran juga perlu ditulis agar lebih selaras. Untuk memudahkan perancangan, tentukan sama ada ingin menggubah sendiri hantaran atau menempahnya.
4.Warna Tema
Warna tema majlis, busana dan konsep hantaran penting untuk menimbulkan mood tersendiri. Bergantung pada tema yang dirancang, segala persiapan harus disenaraikan dengan teliti. Apa yang paling penting adalah busana pertunangan. Jika anda tidak menggunakan khidmat butik pengantin, pastikan busana tersebut ditempah lebih awal. Begitu juga dengan kelengkapan lain yang perlu disenarai penting.
5.Wang Hantaran dan Mas Kahwin
Jumlah wang hantaran dan mas kahwin antara senarai penting dan kebiasaan, jumlahnya ditentukan mengikut negeri. Dalam adat masyarakat Melayu, sekiranya upacara merisik tidak dijalankan, maka cincin merisik akan naik sekali bersama cincin bertunang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran akan diserahkan pada hari pernikahan.
6.Solekan dan Jurugambar
Pemilihan jurusolek dan jurugambar harus dibuat dengan betul agar memori hari pertunangan dapat diabadikan dengan sempurna.
7.Jamuan Makan
Sediakan peruntukan untuk bahagian jamuan makan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Bergantung kepada bajet, duduk berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan makanan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.
8.Wakil Keluarga
Mungkin ramai yang terlupa untuk memasukkan senarai yang satu ini. Untuk pengetahuan anda, menentukan wakil keluarga untuk berbincang bersama keluarga pasangan adalah penting. Pilih wakil yang berpengalaman dan pandai berkomunikasi agar mesej mudah disampaikan. Kemudian, maklumkan kepada keluarga pasangan jumlah keluarga yang akan turut serta menghantar rombongan meminang.
9.Perkara-perkara penting yang akan dibincangkan pada hari pertunangan:
- Tarikh nikah dan kenduri?
- Jumlah wang hantaran dan mas kahwin?
- Jumlah dulang hantaran yang akan diberikan?
Sumber : http://www.pesonapengantin.my credit photo : https://www.weddingsutra.com
Tags: #bajet tunang #baju tunang simple tapi cantik #bertunang #cara buat hantaran tunang #checklist majlis pertunangan #checklist pertunangan #checklist sebelum majlis tunang #hantaran pertunangan #hantaran tunang #hantaran tunang simple #hantaran tunang untuk lelaki #majlis pertunangan #majlis pertunangan simple #nak bertunang #Perkara Asas Tentang Majlis Pertunangan tips ringkas & Check List Bertunang #persediaan sebelum tunang #Save Bajet dan Checklist Persediaan Bertunang #save Bajet Persediaan Bertunang #Senarai Checklist Pertunangan #tips #tips bertunang #Tips Persediaan Bertunang