Sewaktu kehangatan saingan antara dua model impian kaki kapcai Malaysia. Iaitu diantara motosikal Yamaha Y15ZR dan motosikal Honda RS 150R . Kini pengeluar model Yamaha telah pun memperkenalkan edisi kedua bagi Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition.
Kalau dulu Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition sangat limited, kini ia muncul dengan corak baru. Amat malang juga mereka yang mendapatkan versi pertama dengan harga mencecah RM12K. Tapi tak mengapalah, itu terpulanglah pada penilaian masing-masing, janji korang puas hati!
Dari segi pemerhatian model terbaru ini, ia tidak mempunyai perbezaan ketara dari segi rekabentuk motosikal, cuma terdapat perbezaan logo bahagian firing bawah. Memandangkan, pasukan Yamaha telah mengikat kontrak dengan syarikat ENEOS, pengeluar minyak pelincir dalam moto GP, maka logo YAMALUBE telah diganti dengan logo ENEOS. Lihat paparan dibawah.
Selain itu juga, logo pada bahagian mudguard hadapan motosikal telah diletakkan logo “MotoGP World Champion”. Manakala tiada logo ini dipamerkan pada model Yamaha Y15ZR terdahulu.
Selain itu, motosikal Yamaha Y15ZR Movistar terbaru masih mengekalkan logo Movistar, huruf “M” yang sama. manakala warna rim motosikal edisi terbaru ini masih lagi sama seperti sebelumnya iaitu warna Blue GP, begitu juga dengan warna motosikal. Harga yang ditawarkan sebenarnya tiada perbezaan dengan model biasa. Namun, jika ada permintaan, mungkin harganya juga akan naik bergantung kepada pemilik kedai motosikal di kawasan anda.
Tags: #beza y15zr movistar lama dan baru #gambar super cub 150 yamaha #motosikal yamaha exciter #motosikal yamaha y15zr #Y15zr movistar 2016 baru #yamaha 50 tahun #yamaha y15zr movistar #Yamaha Y15ZR Movistar baru 2016