Terdapat banyak makanan dan minuman yang baik untuk menjaga kesihatan tenaga batin dan juga untuk kesuburan lelaki. Tidak hanya penting bagi lelaki untuk mengambil makanan ini, malah para lelaki juga perlu tahu mengawal dan mengatur makan minum agar kesihatan tenaga batin dan kesuburan berada di tahap yang baik.
Antaranya adalah makan makanan yang masih (sederhana) panas dan segar, elakkan makanan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk, aturkan jadual makan minum harian yang seimbang dan teratur, jangan mengamalkan minum minuman sejuk seperti ais, banyak meminum air masak suam dan elakkan dua makanan yang berbahaya bagi orang yang mengalami masalah lemah tenaga iaitu pisang hijau (pisang bunga atau pisang embun) dan jambu batu kerana sifatnya yang sejuk.
Berikut adalah jenis-jenis makanan yang terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki.
- Makanan yang kaya Dengan Omega-3
Omega-3 membantu menjaga kesihatan saluran dan pembuluh darah sekaligus membantu aliran darah zakar dan testis. Sumber omega-3 ini boleh didapati dari minyak ikan seperti ikan salmon, ikan mackerel, dan beberapa jenis kekacang.
- Makanan Kaya Dengan Vitamin C.
Kajian menyatakan bahawa vitamin C mencegah sperma dari bergumpal (aggultinisation). Pengambilan buah-buahan yang masak ranum dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan vitamin C setiap hari mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Antara buah yang mengandungi tinggi vitamin C antaranya kiwi, limau, mangga, betik dan nenas manakala sayuran pula anda boleh mendapatkan sumber vitamin C dari brokoli, tomato, bunga kubis, lada benggala dan sebagainya.
- Makanan Kaya Dengan Anti-Oksida
Anti-oksida bertujuan melindungi sel daripada rosak dan sperma amat sensitif terhadap radikal bebas.Selain vitamin C, vitamin E dan vitamin A merupakan anti-oksida yang sangat baik untuk meningkatkan kesuburan. Ia boleh diperolehi dari buah-buahan seperti avocado, kekacang, mangga, dan sebagainya.
- Makanan Kaya Dengan Arganine
Sperma mengandungi banyak asid amino arganine. Arganine penting untuk peredarah darah, meningkatkan kemampuan untuk ereksi dan jangka hayat sperma.Antara makanan yang tinggi arganine ialah jagung, makanan berprotein tinggi seperti kekacang dan bijirin, sumber tenusu, daging ayam dan lembu, udang serta makanan laut.
- Makanan Kaya Dengan Zink
Berdasarkan kajian, ia menunjukkan bahawa zink sangat penting dalam penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti. Hal ini diukur dengan kehadiran air mani yang banyak dan tinggi anti-oksida untuk melindungi sperma.Pengambilan zink sekurang-kurangnya 40 mg dalam masa terdekat mampu memberi kesan terhadap kualiti sperma untuk jangka masa panjang. Zink boleh didapati dari sumber makanan seperti biji labu, coklat, daging lembu, hati, kerang-kerangan dan sebagainya.
- Makanan Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron.
Hormon pembiakan lelaki (Testosteron) adalah sangat penting untuk kesihatan sperma.Contoh makanan seperti yang sebut di atas sudah memadai untuk meningkatkan penghasilan testosteron terutamanya dari sumber zink, vitamin B6 dan vitamin A. Kajian terhadap haiwan juga menunjukkan halia mampu meningkatkan tahap hormon testosteron. Secara umumya, diet yang tinggi dengan protein, lemak yang baik serta rendah karbohidrat juga mampu meningkatkan tahap testosteron.
- Makanan yang Mengehadkan Hormon Estrogen.
Kebiasaannya diketahui umum bahawa estrogen merupakan hormon bagi wanita. Namun begitu, secara alami, tubuh lelaki juga mengandungi sedikit estrogen untuk beberapa fungsi tubuh yang lain. Seiring peningkatan usia, tahap estrogen dalam tubuh lelaki akan bertambah makan ia amat mempengaruhi kesuburan. Diet yang tinggi protein serta rendah karbohidrat seperti produk soya dan biji bijan membantu mengawal hormon estrogen.
Selain itu, berikut adalah senarai ringkas makanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan dan menguatkan tenaga batin lelaki :
Makanan
- Rebung, ubi merah, lobak merah
- Jintan manis dan kayu manis
- Halia, bawang merah dan bawang putih
- Kaki itik atau kaki ayam
- Udang galah dan ikan jelawat
- Burung puyuh dan telurnya
- Burung cak rumah
- Ayam betina muda
- Daging pelanduk atau kancil
- Daging biri-biri
- Kerang
Ulam-ulaman
- Daun sup
- Daun dan batang saderi
- Daun kesum
- Daun dan buah beka
- Daun dan akar pegaga
- Bunga dan umbut kantan
- Daun kemangi dan daun selasih
- Pucuk cemumar
- Daun dan pucuk kaduk
- Daun pudina dan daun kari
- Kacang hijau dan taugeh
- Buah jerinh dan petai
Minuman
- Air halia
- Air suam dicampur madu lebah
- Teh cina
- Susu haiwan (lembu, kambing)
- Kopi ‘O’ asli
- Air daun pegaga dan daun kucai
Sumber :
Zul Faqor, S.U (2009), “99 Keajaiban Khazanah Lelaki”.Cetakan Kedua. Johor Bharu : Pustaka Azhar
Tags: #air mani lelaki cair #air mani lelaki yang subur #cara menambah air mani #ciri ciri air mani mandul #lelaki subur #makanan lelaki #Makanan terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki #Makanan untuk kesuburan lelaki #makanan untuk kuatkan tenaga batin lelaki #makanan untuk tambah air mani #Produk Untuk Kesuburan Lelaki #tanda lelaki mandul #Tanda-Tanda Lelaki Subur #tips kesuburan lelaki #tips pemakanan untuk kesuburan lelaki #ubat kesuburan lelaki