Jenis Kenderaan SUV 4×4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Jenis SUV Bujet Mampu Milik, Untung Beli Kenderaan Terpakai!

Kenderaan pacuan empat roda (4WD atau 4×4) asalnya sangat popular pada lewat 1990-an dan pada awal 2000-an, populariti kenderaan ini mulai merosot berikutan harga minyak yang tinggi serta ekonomi yang merudum.

Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda bagi keupayaan di atas dan luar jalan raya, serta dengan keupayaan untuk digunakan sebagai kenderaan luar jalan raya.

Namun, tidak semua kenderaan pacuan empat roda diistilahkan sebagai SUV. Sesetengah SUV menyertakan keupayaan menunda seperti pada lori pikap dengan ruang penumpang seakan MPV atau sedan besar.

Istilah ini tidak digunakan di semua negara, dan di luar Amerika Utara istilah seperti “kenderaan luar jalan raya”, “pacuan empat roda” (termasuk kependekan 4WD” atau 4×4) atau sekadar menggunakan jenama seperti “Jeep”, “Land Rover” atau “Pajero” adalah lebih lazim.

Namun, tidak semua SUV ada keupayaan pacuan empat roda, dan tidak semua kenderaan pacuan empat roda adalah SUV walaupun pengeluar kenderaan ini sering mengiklankan keupayaan luar jalan raya pada SUV keluaran masing-masing, kebanyakan penggunaan SUV lebih tertumpu kepada jalan raya berturap serta kawasan bandar.

Bagi peminat kepada kenderaan jenis ini, sudah pasti sumber kewangan perlu dititikberatkan kerana kenderaan ini pasti memerlukan kos penyelenggaraan dan kos pengurusan kenderaan seperti cukai jalan dan insuran, serta kadar penggunaan minyak juga perlu diberi perhatian.

Tambahan lagi, memiliki kenderaan pacuan empat roda atau 4×4 yang agak lama memberi tekanan kepada kos mengisi minyak dan cukai jalan yang berkadar tetap mengikut kapasiti kuasa kuda kenderaan.

Oleh yang demikian, bagi mengimbangi antara hobi dan minat kepada kenderaan jenis ini, maka dicadangkan beberapa contoh SUV atau 4×4 yang boleh diberi perhatian berdasarkan kemampuan, kos penyelenggaraan, cukai jalan dan kapasiti enjin. Antaranya adalah seperti berikut ;

1.Daihatsu Feroza / Rocky 1600cc

daihatsu-feroza-mods-1600cc-4x4 Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Kenderaan ini diperkenalkan seawal tahun 1989. Di Malaysia, model ini sangat popular dalam sukan lasak 4×4 kerana kemampuan dan saiz yang kecil. Ia didatangkan dengan kapasiti 1600 cc menggunakan bahan api petrol.

Kenderaan ini sesuai digunakan kepada mereka yang meminati sukan lasak dan sekadar bersiar siar di bandar dan tepi pantai. Sering juga kenderaan ini digunakan bagi kegunaan menunda.

Kos bagi cukai jalan adalah sangat murah kerana ia hanya mempunyai sesaran enjin 1600 cc sahaja. Jadi ia amat praktikal digunakan kepada mereka yang mempunyai bujet sederhana dan kecil. Harga pasaran bagi kenderaan ini pada tahun 2017 adalah sekitar RM6,000 – RM17,000 bergantung kepada keadaan kenderaan.

Kemampuan SUV ini yang berbaloi dengan harga yang mampu milik, menjadikan kenderaan ini sebagai sebuah SUV bujet untuk dimiliki.

2. Suzuki Jimny

 

suzuki-jimny-4x4-mod Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Diperkenalkan pada tahun 1981. Ia merupakan generasi kedua model Jimny. Sebenarnya terdapat pelbagai model dikeluarkan, namun di Malaysia kebiasaannya mempunyai kapasiti 1000 cc – 1300 cc. Mempunyai fungsi 4×4 yang baik serta berkebolehan dalam mengharungi laluan yang sukar.

Kos bagi cukai jalan amat jimat kerana ia hanya mempunyai kapasiti enjin yang kecil. Begitu juga dengan penggunaan petrol.

Namun, atas permintaan yang tinggi kepada kenderaan ini pada awal 2016, ia mampu dijual dengan harga RM30,000 sebagai kenderaan klasik.

Jika dibandingkan kos untuk memiliki kenderaan terpakai ini, ia adalah lebih mahal berbanding model yang lebih berkuasa seperti Mitsubishi Pajero L10, Nissan Terrano dan Jeep Cherokee. Oleh demikian, kenderaan ini bukan lagi SUV bujet yang sesuai untuk anda miliki buat masa ini.

3. Suzuki Vitara

vitara-model-4x4 Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Diperkenalkan pada tahun 1988, generasi SUV ini didatangkan dengan dua model iaitu 4 pintu dan 2 pintu. Bentuknya agak sporty dan mempunyai kemampuan 4×4 yang baik. Seringkali kini model ini menjadi pilihan sebagai SUV bujet untuk dimiliki.

Sesaran enjin 1600 cc memberikan penjimatan kepada cukai jalan dan penggunaan bahan api.

4. Kia Sportage NB-7

kia-sportage-2000-13 Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Model pertama diperkenalkan pada tahun 1993.Mempunyai kapasiti enjin yang cukup iaitu 2000 cc. Namun yang menarik tentang SUV ini adalah harganya adalah dalam lingkungan RM3,500 – 8,000 sahaja.

Maka tidak hairanlah kenderaan SUV ini semakin menjadi pilihan. Apa yang harus difikirkan adalah kos cukai jalan yang agak mahal dengan sesaran enjin 2000 cc.
Seringkali ia dijadikan pilihan kerana harganya yang mampu milik.

5. Perodua Kembara

perodua-kembara-0 Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 90-an. Kenderaan SUV keluaran syarikat Perodua ini merupakan naturalisasi dari model Daihatsu Terios. Mempunyai kapasiti enjin 1300 cc – 1500 cc. Harga pasaran pada tahun 2017 adalah sekitar RM4,000 – RM12,000.

Mempunyai kemampuan 4×4 mengikut model keluaran. Ia boleh dikategorikan sebagai SUV mampu milik kerana mudah diselenggara dan mempunyai banyak pilihan alat ganti. Selain itu, sasaran enjin yang kecil memberikan penjimatan kepada cukai jalan.

logo-150x150 Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Jenis Kenderaan SUV 4x4 Mampu Milik, Jimat Belanja!

Loading...

Tags: #4x4 #4x4 daihatsu #4x4 malaysia sale second hand #4x4 murah malaysia #4x4 murah mampu milik #4x4 suzuki #4x4 untuk dijual di malaysia #beli suv terpakai #best cheap 4x4 suv #best off road vehicles of all time #best used 4x4 suv under 5000 #best used 4x4 truck #bujet kereta dipasaran #cheap off road trucks #cheap off road vehicles for sale #cheap suv under 5000 #cheap used suvs for sale #cheapest 4x4 vehicles #cheapest crossover 2017 #cheapest suv 2017 #Daihatsu Feroza #harga kereta 4x4 terpakai #Kenderaan pacuan empat roda #kenderaan suv terpakai #kereta 4x4 paling lasak #kereta 4x4 second hand #kereta 4x4 terpakai terbaik #kereta suv paling ekonomi #Kia Sportage NB-7 #most affordable midsize suv #most affordable suv 2017 #most affordable suvs #Perodua Kembara #suv bujet ekonomi #suv murah tahan lasak #suv murah terpakai terbaik #suv terpakai jimat belanja #Suzuki Jimny #Suzuki Vitara #The best Off Road Vehicles for the Budget Minded #used off road vehicles for sale

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Comments are closed.