Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Jenis Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Pemasangan autogate kediaman adalah salah satu cabang keselamatan anda di rumah. Autogate berfungsi sebagai kunci automatik tanpa anda perlu membuka pintu pagar secara manual. Di Malaysia khususnya,  terdapat pelbagai  jenis autogate di pasaran. Autogate ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia

Terdapat 4 jenis autogate yang terdapat di pasaran Malaysia iaitu :

  • Underground Autogate
  • Arm swing Autogate
  • DC moto Swing Autogate
  • Sliding Autogate

 Underground Autogate 

dc-autogate Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Jenis ini adalah jenis autogate malaysia yang pertama dicipta bagi generasi autogate. Autogate ini menggunakan sistem cengkaman clutch bertujuan untuk menjaga gear serta motor. Jenis ini sesuai bagi pintu swing iaitu pintu pagar biasa. Pada masa sekarang, jenis autogate ini sukar mendapat sambutan kerana aspek keselamatan dan kualiti apabila lama-kelamaan air hujan boleh memasuki ke compartment motor autogate dan boleh menyebabkan kerosakan pada motor autogate ini.

Jika anda memilih untuk memasang underground autogate ini, anda perlu pastikan supaya getahnya ditukar sekurang-kurangnya 2 tahun sekali kerana dikuathiri dimasuki air. Kelebihannya adalah respon masanya laju iaiatu dalam 5 saat, pagar anda terbuka sepenuhnya apabila dibuka. Jadi tidak perlu menunggu lama jika anda dari dalam kereta untuk keluar rumah.

moto-autogate Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Jenis underground autogate ini boleh ditahan, ditarik ,dibuka serta-merta semasa sedang beroperasi. Oleh itu, tiada aspek keselamatan padanya. Mungkin jenis ini hanya sesuai untuk kawasan yang ada komuniti keselamatan dan bersekuriti kerana aspek keselamatan telah diawasi pada pintu masuk perumahan.

Harganya sekitar RM1200 hingga RM2500 bergantung pada keadaan tempat sama ada sudah ada wiring atau belum. Kelemahan sistem ini adalah ketahanan gear pada motor dan sistemnya agak  mudah rosak, hanya disebabkan angin sahaja anda akan mengalami kerugian. Angin yang kuat akan menyebabkan gearnya rosak dengan mudah. Kelemahan yang lain adalah pemasangannya memakan masa kerana perlu menggali, menyimen dan perlu menunggu simen kering bagi memulakan menggunakan sistem ini.

Arm swing Autogate

electrical-control-board Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Autogate jenis ini adalah autogate generasi terbaru yang sedang popular ketika ini. Kehebatan autogate ini adalah dari sistem gearnya yang ada antilock sekiranya sedang beroperasi. Ini akan memberhentikan gate pada posisi yang ada mahukan dan pegun di mana tempat ia berhenti. ini mendorong aspek keselamatan lebih tinggi.

autogate-sevice Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Kelemahan autogate ini adalah mudah disambar petir bagi kawasan yang di laluan petir. Oleh itu lightning protection perlu dipasang bagi menjaga  autogate ini dan litarnya.

DC Moto Swing Autogate

pasang-autogate Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

DC Motor swing autogate ini adalah autogate jenis kelas golongan mewah kerana rekabentuknya yang kecil dan menarik. Selain itu, harganya juga lebih mahal dari yang biasa kerana padanya terdapat keistimewaan seperti pantas buka dan pantas tutup. Ciri-ciri Dc motor swing autogate sama seperti underground autogate dan bezanya Cuma ia di atas dan tidak ditanam di bawah permukaan.

Sliding Autogate

dc-moto-autogate Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Autogate ini hanya digunakan pada pagar sliding sahaja. Jenis ini amat kuat dan tahan lama serta mempunyai kekuatan menarik beban sehingga 1400kg. Sliding autogate ini mempunyai sistem antilock semasa ia berhenti. Sistem lock autogate ini boleh dibuka melalui kunci.

sliding-autogate-industrial Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

logo-150x150 Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Loading...

Tags: #arm swing autogate #auto gate #Autogate jenis Sliding #autogate jenis swing #autogate kedai #autogate kelebihan dan jenis #autogate pejabat #autogate rumah #autogate system #DC motor swing autogate #Dcmoto auto gate #jenis autogate #Jenis-jenis autogate #motor autogate #pagar automatik #pintu automatik #sistem autogate #sistem pintu pagar automatik #sliding autogate #underground autogate

Cara Bancuh Simen dan Nisbah Bancuhan Simen Yang Sesuai Untuk Projek DIY Anda
Berikut adalah langkah-langkah umum untuk membancuh simen: Bahan yang diperlukan: simen Pasir (pilihan,
Cara Hilangkan Bau Tandas Yang Tidak Menyenangkan
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di dalam tandas boleh melibatkan beberapa langkah pengurusan
Panduan Memilih Bahan Bumbung, Awning @ Pagola Untuk Kediaman Anda
Pada masa kini, terdapat banyak pilihan bahan yang tersedia untuk membina bumbung di
Panduan Pilih Rumput Tiruan @ Rumput Sintetik Yang Bagus
Memilih rumput sintetik terbaik melibatkan beberapa pertimbangan untuk memastikan rumput sintetik memenuhi keperluan

Leave a reply "Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!"